SEJARAH PENERBANGAN 653 MALAYSIA AIRLINES

Image may contain: 1 person

Penerbangan 653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Landasan 22 pada pukul 1921 GMT+8 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah). 

Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor.

Pada jam 19:54, ketika pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor melaporkan kehadiran "Perampas yang tidak dikenali" ke Menara Subang. Pihak Lapangan Terbang menerima laporan tersebut dan seterusnya membuat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang.

Beberapa minit kemudian, Kapten Ganjoor berkata melalui radio: "We're now proceeding to Singapore..." ("Kami kini menuju ke Singapura..."). Namun Pesawat MH653 tidak mendarat di Singapura.

Pada jam 20:15,Kesemua hubungan komunikasi dengan Penerbangan MH653 telah terputus.

Pada Jam 20:36, Penduduk Kampong Ladang, Tanjong Kupang, Johor melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya. Bangkai pesawat tersebut akhirnya dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut melanggar bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut hampir menegak. Tiada seorang pun daripada kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut terselamat.

Image may contain: 1 person, outdoor

Cerita dari saksi kejadian...

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

“Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
“Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya,” katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

“Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun ‘menyelit-nyelit’lah.
“Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!” kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

“Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka,” katanya.

Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.
Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

“Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam,” imbasnya.
Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

“Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas,” kata Ahmad.
“Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat,” tambah Zaiton pula.

Sesetengah orang mendakwa bahawa Tentera Merah Jepun bertanggung jawab, walaupun tiada bukti lanjut diberikan untuk menyokong, hipotesis ini telah dimajukan.

Kesemua mayat anak kapal dan penumpang menjalani pemeriksaan sinar-X dalam percubaan untuk mencari tinggalan projektil ataupun senjata, namun tiada satu pun yang dijumpai. Kesemua mayat mereka kemudiannya dikebumikan di dalam satu liang lahad besar.

No automatic alt text available.

Misteri

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab. Antara faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

“Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

“Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, ‘bang, saya nak cari tangan saya yang putus’. Gugur jantung saya,” cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com