NENEK SEMBUHKAN MATA ORANG DENGAN MENJILAT

Nenek jilat bola mata sembuhkan masalah mata
Hava Celebic, seorang nenek berumur 80 tahun di Bosnia dikatakan mampu menyembuhkan masalah mata dengan menjilat bola mata setelah mensteril lidahnya dengan alkohol.
Dengan menjilat mata, dia mampu menyedut dan mengeluarkan sisa2 bendasing seperti habuk, logam atau kaca, atau sebarang mata yang berpenyakit.
Dia telah ramai menyembuhkan pesakit2 yang mempunyai masalah mata. Menurutnya dia dikurniakan kebolehan atau 'kuasa penyembuhan'.
Menurutnya, dia belajar kaedah ini dari seorang wanita yang bernama Hava.
"Malangnya saya tak mampu mewariskan kebolehan ini kepada anak cucu dan keturunan saya, kerana mereka terlalu jijik menjilat mata orang"
"Saya akan beritahu orang kampung yang apabila mati nanti potonglah lidah saya supaya mereka boleh terus merawat sesiapa yang memerlukan"
Hava Celebic telah menyembuhkan lebih dari 5,000 orang dari pelbagai negara dengan mengenakan yuran hanya sebanyak 10 euro (RM47).
Hava berkata: "Ramai orang yang datang mendapatkan rawatan disini berkata pelbagai kaedah mereka rawat mata namun semuanya tidak mampu menyembuhkan penyakit mereka hinggalah mereka datang sini, penyakit mereka beransur sembuh."
SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.