REVIEW PONMANGAL VANDHAL OLEH MOHD FAHDIL
Tak ramai tahu isi hati kanak-kanak yang telah menjadi mangsa 'sexual abuse'. Di rogol sehingga berdarah farajnya. Kebanyakkan mangsa dibiarkan mereput begitu sahaja setelah nafsu syaitan dilampiaskan. Kesakitan, Kehilangan dan Kesengsaraan. Itulah suara hati seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan pedofile. Venba lakonan Jyotika sangat-sangat hidup. Hidupnya warkah filem ini tatkala Venba menceritakan kembali apa yang berlaku terhadap dirinya 1. Kisah Ponmagal Vandhal bermula dengan satu babak imbas kembali. Satu suara teriakan dan dua das tembakan telah dilepaskan. 2. Dua das Tembakan ini telah dilepaskan oleh seorang ibu yang bernama Jothi. 3. Anak Jothi, telah diculik oleh dua orang lelaki. Ketika ini anaknya sedang asyik bermain basikal dan ditarik masuk ke dalam kereta. 4. Rentetan dari daripada tembakan Jothi, dua orang lelaki telah terbunuh. Jothi telah diburu dan diberi jolokan 'psiko' atau wanita gila. Aku tak tahu macam mana nak buat review cerita ...