POMPEII SUMPAHAN DARI ARITIFAK LAMA
Pompeii adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah musnah berhampiran kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Itali. Pompeii hancur oleh letusan gunung Vesuvius pada 79 M. Debu letusan gunung Vesuvius menimbus kota Pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota ini hilang selama 1 600 tahun sebelum ditemukan kembali secara tidak sengaja. Semenjak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan Kekaisaran Romawi.

Kota ini maju pada zamannya, ianya dipenuhi oleh bangunan yang tinggi dan indah disamping masyarakatnya yang makmur. Namun disebalik itu terdapat sisi hitam mengenai kota lama ini. Dikatakan maksiat terlalu banyak berlaku dan sudah dianggap kebiasaan. Aktiviti tidak bermoral seperti zina, minum arak dan homoseksual sudah menjadi tabiat penduduknya.

Maka dengan itu diutus utusan tuhan untuk menyelamatkan penduduk kota Pompeii. Banyak pendapat tentang siapakah sebenarnya utusan ini ada yang mengatakan ianya nabi dan ada juga yang menyatakan inya orang alim yang berilmu. Namun kita umat islam harus percaya hadis nabi bahawa tiada nabi antara Nabi Isa dan Muhammad diturunkan.

Setelah dibinasakan banyak penemuan ditemui antaranya bangunan lama, manusia batu, arca dan sebagainya. Hal ini menyebabkan ramai yang "gatal tangan" mengambil harta ini untuk di bawa pulang. Terdapat kisah di mana terdapat seorang pelancong yang dikatakan cuba membawa pulang "cenderamata" berbentuk batu biasa dari tempat ini namun dapat dihalang. Dia dihalang dari membawa pulang bukan kerana salah di sisi undang-undang tetapi dikhuatiri menerima sumpahan
Namun begitu ada juga yang terlepas dan berjaya membawa pulang artifak di sini. Lalu apa yang berlaku kepada pelawat tersebut ialah dia mendakwa selepas membawa pulang artifak tersebut hidupnya seolah-olah tidak tenteram. Keluarganya sering bertengkar dan hidupnya tidak aman. Satu persatu masalah datang kepadanya dan yang paling teruk adalah kematian ahli keluarganya.
Setelah dari itu dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula barang yang diambil di mana akhirnya hidupnya aman kembali. Sumpahan ini menjadi kepercayaan penduduk setempat dan pelancong sering diingtakan dengan perkara ini. Malang bagi sesiapa yang ingkar. Barang yang diambil dari tempat dilaknat bukanlah sesutu yang bagus dan boleh dikenangkan. Fikir-fikirkanlah. Wallhualam.
SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.