WEBSITE SERAM
Youtube Bukan laman web YouTube yang berhantu, tetapi seorang pengguna YouTube ini didakwa mempunyai kisah misteri dan sangat pelik. Pada tahun 2014, seorang pengguna YouTube dengan nama akaun Webdriver Torso memuatnaik lebih dari 74,000 video dalam masa hanya sembilan bulan. Setiap video tidak mempunyai apa-apa kandungan kecuali objek berbentuk empat segi panjang berwarna biru dan merah, dan vi deo ini mempunyai frekuensi suara elektronik. Satu-satunya video yang berbeza adalah video ke-10 yang menunjukkan sebuah gambar Menara Eiffel, disertai mesej yang berbunyi, “Matei is highly intelligent.” Tidak ada seorang pun yang tahu siapa pemilik akaun YouTube tersebut. Kemudian, akaun itu diserahkan kepada pihak Google. Namun pengguna YouTube ini masih tidak diketahui dan menjadi misteri hingga sekarang. Beberapa orang percaya bahawa video itu merupakan sebuah eksperimen EVP, yang digunakan untuk berkomunikasi dengan hantu melalui suara. Death Timer “Bila saya akan meninggal?” ...