MISTERI DARI ALAM GHAIB

Tarikh Julai 1954, pada hari yang agak panas. Seorang lelaki tiba di Lapangan Terbang Tokyo Jepun. Wajahnya yang seakan orang Eropah dan penampilannya agak moden namun gerak gerinya mencurigakan. Ketika dia sedang diperiksa pasportnya dia memberitahu pegawai di situ bahawa dia berasal dari negara Taured, jika dilihat dari pasportnya tidak ubah seperti mana pasport rasmi negara-negara lain namun apa yang membezakannya adalah ianya dikeluarkan dari negara Taured, negara yang tak tahu di mana lokasinya.

Lelaki itu kemudian disoal siasat oleh pegawai lapangan terbang tetapi dia berkeras dengan pendiriannya serta berhujah mampu untuk menunnjukkan di manakah letaknya negara Taured itu. Lelaki itu kemudian menunnjukkan di manakah negara asalnya di peta namun dia begitu marah kerana negara asalnya tidak kelihatan dan berubah sempadan dan namanya. Negaranya telah bertukar kepada Andora dan berkeras tidak pernah mendengar negara apakah Andora itu.

Menurutnya lagi negaranya iaitu Taured telah wujud lebih dari seribu tahun lagi. Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki misteri tersebut ada membawa bersama beberapa matawang asing Eropah. Jika dilihat dari passportnya telah banyak cop lapangan terbang daripada seluruh dunia yang membuktikan dia bercakap benar, yang mana akhirnya dia terkandas di Tokyo.
Lelaki tersebut akhirnya di bawa ke sebuah hotel dengan dikawal oleh dua orang pengawal di luar biliknya. Dia ditahan bagi siasatan lanjut.
Hasilnya ialah syarikat yang didakwa akan dilawatinya langsung tidak mengenali lelaki tersebut walaupun segala dokumen dari lelaki tersebut ditunjukkan. Hotel yang ditempahnya awal sebelum itu juga berkata sedemikian rupa.
Lelaki tersebut akhirnya di bawa ke sebuah hotel dengan dikawal oleh dua orang pengawal di luar biliknya. Dia ditahan bagi siasatan lanjut.
Hasilnya ialah syarikat yang didakwa akan dilawatinya langsung tidak mengenali lelaki tersebut walaupun segala dokumen dari lelaki tersebut ditunjukkan. Hotel yang ditempahnya awal sebelum itu juga berkata sedemikian rupa.

Adakah misteri ini terhenti di sini? jawapannya tidak.
Dia telah didapati hilang dari biliknya sejurus pihak polis datang untuk membuat soal siasat. Pihak polis sendri bingung bagaimana lelaki yang dikawal rapi ini boleh ghaib. Tidak mungkin dia melarikan diri melalui tingkap kerana bilik hotel yang didiaminya terletak di beberapa tingkat atas dan tingkap hotel tidak berbalkoni. Dia umpama hilang di bawa angin.
Kehilangannya terus menjadi misteri dan lelaki ini tidak pernah muncul lagi. Kehilangan yang lebih membawa persoalan dari jawapan. Apa yang pasti kisah ini benar berlaku. Adakah lelaki Taured ini seorang manusia gila? atau apakah yang dikatakannya itu benar?. Admin sendiri pun tak pasti kerana apa yang tinggal hanyalah rekod lelaki misteri ini tanpa ada seoarang pun tahu rahsia di sebaliknya. Sekian.
SUMBER DARI SENGAL PARANORMAL TEAM /FACEBOOK.COM
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.