PENYESALAN MIA KHALIFA MENJADI BINTANG PRONO
Salah seorang bintang porno yang paling banyak dicari dilaman web lucah, Mia Khalifa, telah merayu kepada gadis-gadis di luar sana untuk tidak memasuki industri toksik yang penuh noda dan dosa ini. Pelakon berusia 27 tahun itu menggunakan platform TikTok untuk membincangkan tentang kerjaya lamanya yang memberi kesan teruk terhadap kesihatan mental. Dalam klip pendek yang dikongsikan olehnya, dia dilihat berada di apartmennya dengan memakai gaun mandi, sementara muzik dimainkan di latar belakang dan lampu berkelip di sekelilingnya. Dalam video itu tertera potongan ayat yang menunjukkan dia begitu menyesal setelah bergelar bintang porno. Dipetik dari The Sun, Mia Khalifa mendedahkan dia telah membuat 11 filem dalam tempoh tiga bulan pada tahun 2014, dan mengatakan kesemua video itu akan "menghantui dirinya sehingga dia mati". "11 video itu akan menghantui saya sehingga saya mati, dan saya tidak mahu gadis lain mengalaminya – kerana tidak ada yang seharusnya," katany...