6 MISTERI DUNIA YANG BELUM TERUNGKAI LAGI..
1. Skru Besi Berusia 300 Juta Tahun! Skru besi ini dijumpai secara tidak sengaja oleh Dmitry Kurkov dari Russia apabila beliau sedang mencari serpihan meteorit berdekatan dengan rumahnya. Beliau mengutip sebiji batu yang telah menarik perhatiannya lalu membelek- belek batu tersebut. Beliau terkejut apabila ternampak sebiji skru lama melekat di batu tersebut lalu meminta para saintis memeriksa bat u tersebut. Penemuan beliau telah menimbulkan pelbagai persoalan khasnya saintis-saintis yang telah menyelidiki skru tersebut bahawa skru tersebut telah berusia 300 juta tahun! Bagaimana pada zaman tersebut mempunyai teknologi yang canggih untuk menghasilkan skru besi? Dan apakah yang dibina oleh masyarakat pada zaman tersebut menggunakan skru besi itu? Perkara ini tiada jawapannya sehingga hari ini. 2. Batu Bergerak Sendiri Sesiapa sahaja, walaupun pihak NASA jugak tak mampu merungkai misteri batu bergerak sendiri ni. Batu bergerak bebas tanpa bantuan, tetapi tiada siapa yang p...