PELAJAR TOLAK TAWARAN RM 28 JUTA
YORKSHIRE -
BRITAIN. Seorang pelajar berusia 16 tahun menolak tawaran bernilai £5juta
(RM 28j) yang ditawarkan untuk laman web yang dibangunkan hanya di bilik
tidurnya.
Mohammed Ali menolak
tawaran itu kerana dia yakin, harga untuk laman web weneed.com akan meningkat
dengan lebih tinggi pada masa depan.
"Tawaran tersebut
ditolak pada bulan Disember, beberapa hari sebelum perayaan Krismas.
"Kami bertemu
pelabur di London, mereka adalah syarikat data global dan mereka tidak
menyedari saya yang membangunkannya.
"Alasan utama saya
menolak tawaran itu adalah, jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan
dolar, cuba bayangkan berapa nilai jika orang mula menggunakannya," kata
pelajar A Level dari Dewsbury itu.
Ali berkata, dia
menyedari ia adalah risiko besar menolak sejumlah wang dari pelabur Amerika
namun dia mahu mencipta sesuatu untuk diri sendiri.
Ini bukan pertama kali
dia berjaya meraih pendapatan sendiri melalui kemahirannya itu.
Sebelum ini projek
permainan videonya, Project 2006 berjaya menjana pendapatan £30,000 (RM
167,735) pada tahun 2012.
Usahasama
bersama rakan kongsi perniagaan berusia 60 tahun Chris Thorpe akan dilancarkan
pada 28 Januari ini.
SUMBER DARI SINAR HARIAN
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.