AGONG BARU DIUMUN ESOK
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas yang akan diadakan esok akan mengumumkan perlantikan baharu Yang di-Pertuan Agong ke-15. Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V difahamkan berada pada giliran ke-15. Bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya. Antaranya, baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental. Selain itu, baginda yang dilantik juga adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut. Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanya kepada raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk...