REVIEW FILEM INFERNO DARI THE PATRIOTS
SUMBER DARI FB.COM/THEPATRIOTS Kalau nak tahu ceritanya macam mana, tonton filem ini. Filem ini adalah sekuel daripada dua buah filem yang terdahulu iaitu THE DA VINCI CODE (2003) dan ANGELS & DEMONS (2009) berdasarkan novel-novel Dan Brown. Filem kali ini memberikan perhatian pada idea tokoh sastera Itali iaitu Dante Alighieri. . 1. Divine Comedy Tajuk filem itu sendiri berasal daripada salah satu bab dalam puisi Dante yang terkumpul dalam Divine Comedy. Divine Comedy adalah kumpulan-kumpulan puisi oleh Dante yang terkenal di dunia. Inferno adalah bahagian pertama dan diikuti oleh Purgatorio dan Paradiso. . Dalam Inferno ini mengisahkan perjalanan Dante di dalam neraka sambil ditemani oleh sasterawan Rom Purba, Virgil. Dalam puisi ini jugalah Dante menggambarkan nerakanya yang mempunyai 9 tingkat. Setiap t...