SIAPAKAH SIR HENRY GURNEY
Kita umum mengetahui dalam buku-buku teks sejarah sekolah dan penulisan - penulisan sejarah arus perdana Sir Henry Gurney adalah seorang Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1948 - 1951. Beliau telah dibunuh oleh pihak Parti Komunis Malaya pada 6 Oktober 1951 sewaktu dalam perjalanan di Bukit Frazer. Ramai pihak di negara kita terutama yang malas membaca mengagong - agongkan Sir Henry Gurney ini kerana mendakwa dialah yang menggerakkan serangan bagi memusnahkan komunis. Malah ada pihak yang menganggap Sir Henry Gurney ini sebagai wira. Namum adakah kita tahu siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini? Sir Henry Gurney sebelum bertugas di Tanah Melayu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dia telah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin pada 1946 - 1948. (kepada yang rajin membaca sila cari apa yang berlaku di bumi Palestin pada tempoh 1946 - 1948). Sir Henry Guney lah antara salah seorang pegawai British yang telah bertanggungjawab...