AKIBAT TERLALU DAHSYAT WATAK LAKONANNYA, BELIAU PERNAH DIBALING KASUT DAN DI LUDAH
Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil ialah seorang pelakon . Dia dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Dia aktif berlakon film pada era 1950-1960-an. Salleh mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura. Beliau dikenali pertama kali melalui film Miskin diarahkan oleh KM Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti Sedarah (S Ramanathan) memegang peranan jahat. Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam film Penghidupan arahan L Krishnan. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam film Lela Manja serta watak lawak dalam film Tiga Abdul yang membawa watak Tuan Penasihat, seorang lelaki batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu). Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin,...