PERBUNUHAN GABRIEL KUHN
(Maaf, gambar agak mengerikan) 12 Julai 2007 Daniel Philip Petry dilahirkan pada tahun 1991(16 tahun ketika kejadian) di Blumenau, Santa Catarina, Brazil. Daniel ni seorang yang sangat agresif, mudah bertindak ganas pada sesiapa pun. Dia juga adalah salah seorang pesakit yang menerima rawatan psikiatri, tetapi sering meninggalkan sesi terapi. Hanya televisyen dan internet sahaja yang diinginkan olehnya, kiranya ni tabiat laa. Daniel ni ada teman rapat jugak walaupun ganas orangnya. Nama dia Gabriel Kuhn berusia 12 tahun. Nak dijadikan cerita, suatu hari diorang ni bergaduh besar. Pertengkaran di antara Petry dan Kuhn bermula ketika mereka bermain game "Tibia (Spanish)". Petry yakin bahawa Kuhn telah menipu dalam permainan. Petry pergi ke rumah Kuhn. Kebetulan ibu bapa Kuhn tiada di rumah. Adiknya keluar dan Kuhn bersendirian. Petry memasuki rumah melalui pintu yang terbuka, mendapatkan Kuhn dan mula memukul beliau. Kuhn cuba mempertahankan dirinya, tetapi Kuhn ...