Posts

Showing posts with the label MAT KILAU DALAM KENANGAN

MAT KILAU DALAM KENANGAN

Image
PADA hari Jumaat 26 Disember 1969, negara telah dikejutkan apabila seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Mat Siam, membuat pengakuan terbuka yang dialah sebenarnya MAT KILAU, anak Pahang yang terkenal dengan kehebatan dan keberaniannya menentang penjajahan Inggeris pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada hari tersebut, Mat Kilau telah pergi ke sebuah masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Al-Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.... Pengisytiharan ini telah MENGGEMPARKAN orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.  Setelah DISAHKAN, maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang,  YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Namun empat ...