QUANTUM ENTANGLEMENT
Fenomena Quantum Entanglement ini sangat menarik. Bila belajar fasal ini, aku rasa kagum betul bila sesuatu yang aku rasa macam 'mustahil' berada dalam kerangka penemuan saintifik. Kita selalu kenal Einstein dengan idea relativitinya. Tetapi tahukah anda, pada lewat hayatnya, Einstein telah merangka kerja yang sama hebat dengan idea relativitinya, iaitu Paradoks EPR (EPR Paradox). . EPR datang daripada nama Einstein-Podolski-Rosen, iaitu Einstein bekerjasama dengan dua orang saintis muda pada masa itu, Boris Podolski dan Nathan Rosen. Antara idea EPR Paradox ini adalah untuk membalas fenomena quantum entanglement yang dikatakan memusnahkan idea relativiti umum. . Aku sebenarnya, ambil masa juga untuk memikirkan cara bagaimana untuk memudahkan kefahaman terhadap fenomena ini. Tetapi dengan analogi ini, aku harap kau boleh faham. Pada asalnya idea quantum entanglement ini diusulkan berdasarkan eksperimen dua partikel. Tetapi nak kasi mudah, anda bayangkan dua...