ROSLI DHOBI : SAAT SAAT TERAKHIR SEBELUM BELIAU DIGANTUNG

Pengenalan :
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah ayahnya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya kematian di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Admin bawakan kepada korang detik-detik akhir seorang Pejuang Sarawak, menjelang hukuman gantung dijalankan..


Image result for ROSLI DHOBI

Pada dinihari 2 Mac 1950, keadaan senyap luar biasa menyelubungi suasana di sekitar bilik gantung Penjara Kuching.

Pada hari dia hendak digantung, Rosli dipindahkan dari bilik tahanannya ke bilik akhir, bersebelahan bilik gantung. Bangunan itu dicat putih, mengarah ke taman reservoir sekarang.

Pada 1 Mac, sehari sebelum menemui ajalnya Rosli telah meminta pen dan kertas untuk melakarkan ‘Warkah terakhir’ yang ditujukan kepada kedua-dua orang tuanya.

Hidangan terakhir kepada Rosli bernilai sekitar $1 tidak begitu dipedulikannya.

Rosli tidak kesal dengan tindakannya serta kejadian yang menimpa dirinya. Anak muda itu sedar bahawa tindakannya itu adalah satu pengorbanan demi membebaskan Sarawak daripada cengkaman penjajahan

Image result for rosli dhobi

‘Banduan akhir’ itu akhirnya dibawa keluar dari bilik menanti sekitar pukul 5.00 pagi untuk menjalani hukuman gantung sampai mati. Kepalanya diserkup dengan tukup.

Beliau diiringi oleh pegawai dan warden penjara. Tubuhnya kelihatan tidak begitu stabil dan bergoyang-goyang. Persiapan untuk menggantungkan beliau mengambil masa beberapa jam bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Pemilihan tali perlu dibuat secara teliti. Tali gantung mempunyai tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan. Berbeza daripada nasib banduan sekarang, hukuman gantung terhadap Rosli dilakukan dengan pantas.

Pada pagi menemui ajal itu, Rosli tidak meminta untuk dipasangkan kot atau tali leher; sebaliknya beliau hanya memakai pakaian biasa berwarna putih. Pada pagi itu, sesudah semua pihak terbabit, pengarah, doktor dan warden berpuas hati dengan keadaan Rosli, barulah hukuman dijalankan.

Rosli bergerak perlahan-lahan ke arah dia akan menemui ajalnya. Beberapa orang yang diberi tanggungjawab untuk melakukan tugas itu mengalami perasaan bercampur baur. Proses menggantung, dari masa Rosli dibawa keluar dari bilik menunggu ke bilik gantung dan hingga dia digantung dan disahkan meninggal mengambil masa sekitar 15 saat sahaja.

Image result for rosli dhobi

Si tukang gantung Rosli bukannya dari penjara itu. Si tukang gantung, Westin, berbangsa Inggeris diterbangkan khas dari Penjara Changi Singapura, Demikian juga alat untuk menggantung beliau, diimport khas dari Singapura.

Pada tahun 1950, di Sarawak belum terdapat tukang gantung yang dapat melaksanakan tugas sedemikian. Saat dramatik itu menyaksikan Rosli masih sempat memohon sesuatu daripada tukang gantung.

Rosli meminta supaya dia digantung selepas habis membaca kalimah. Sebelum proses penggantungan, suntikan bius dilakukan terhadap Rosli. Kepada warden Abang Mois Abang Haji Merali. Tangan dan kaki Rosli diikat bagi mengelakkannya daripada meronta-ronta.

Tanda tugas si tukang gantung selesai adalah apabila bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana pada pagi itu. Segalanya berjalan dengan lancar.

Tubuh Rosli dibiarkan tergantung untuk beberapa ketika sebelum dibawa turun dan disahkan sudah meninggal oleh doktor dan majistret. Turut hadir ialah seorang ustaz dan kakitangan penjara. Selepas dibawa turun tukup yang menyelubungi kepalanya dikeluarkan.

Image result for rosli dhobi di tali gantung

Di Kampung Sinjan, seberang bandar Kuching, Dhobi, ayahnya dan Hamdiah. Ibunya, serta ahli keluarga turut tidak dapat tidur nyenyak pada malam itu.

Langkah seterusnya ialah menguruskan jenazah, termasuk memandikannya yang dilakukan olehpagaie atau tukang mandi mayat dari luar. Ayah dan keluarga Rosli telah berusaha untuk menemuipagaie tersebut untuk mengetahui keadaan Rosli ketika diuruskan, tetapi beliau tidak mahu berjumpa dengan mereka.

Yang mula-mula berdepan dengan tali gantung ialah Rosli dan Morshidi. Kejadian itu berlaku pada 2 Mac 1950. Kemudian, pada 23 Mac, barulah dua orang rakannya menemui ajal mereka. Selepas itu, penjara dan kubur berkenaan menyimpan banyak misteri dan teka-teki.

Bimbang akan reaksi keras penduduk tempatan, khususnya orang Melayu di Sibu, kerajaan British tidak membenarkan jenazah Rosli dan Morshidi dibawa balik ke kampung halamannya.

Justeru, keputusan tegas diambil untuk mengebumikan jenazah Rosli dan Morshidi di kawasan Penjara Kuching. kubur beliau digali dan dipindahkan ke Sibu pada 1996.

Image may contain: 3 people

Berita hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada Rosli mendapat liputan daripada akhbar tempatan dan luar negara, termasuk di Tanah Jajahan British. Ramai wartawan agensi berita antarabangsa dan akhbar luar berkampung di Sibu bagi membuat liputan mengenai perbicaraan itu.

Akhbar Evening News memetik berita Reuters yang menggunakan dateline
Singapura, bertajuk :

Murderers hanged: They killed Governor

Singapore, Friday – The two Malay youths who murdered Sarawak’s Governor, Duncan Stewart in Sibu last December have been hanged in Kuching, it was announced today.

They had admitted stabbing Mr Stewart as he inspected a children’s guard of honour on December 3. He died of wound a week later just after his wife, who flew from Britain, arrived at his bed side.

The youth said they were members of an organization called ther éssential ingredients formed with the aim of assassinating leading British officials.

Nine other Malays were found guilty of abetting the assassination and sentenced to deaths. They have appealed to the Supreme Court. Rosli, aged 19, said he had dived at the Governor’s with a knife, but missed him. He had then thrown the knife and did not know whether he hit the Governor or not.

Morshidi aged 25, said he had pretended to take a picture while Rosli attacked the Governor. He had then followed and drawn a knife, but was seized by the police – Reuters

No automatic alt text available.

Meskipun barang-barang milik Rosli dua pasang baju diserahkan kembali oleh pihak warden, Penjara Sibu, kembali kepada keluarga Rosli pada 1949, namun barang-barang lain milik beliau, tidak pula dikembalikan, termasuk kasut, seluar, keris dan songkok. Di manakah keris Rosli sekarang?

Kematian Rosli begitu menggoncangkan batin keluarganya, terutamanya ibu dan ayahnya. Mereka kehilangan seorang anak yang sangat dikasihi dan dicintai. Kesedihan mereka semakin mendalam kerana mereka menyifatkan kematian Rosli tidak wajar.

Rosli tidak patut dihukum gantung, kerana dia masih di bawah umur.
Image may contain: outdoor

Majlis tahlil yang diadakan di rumah mereka di Kampung Pulo diboikot orang kampung. Jadi, majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat yang mahu memberi sokongan moral kepada Dhoby dan keluarganya.

Orang kampung memberi label negatif terhadap mereka, sebagai keluarga pembunuh dan kubur tak bertanda. Keadaan hanya berubah dengan ketara selepas kubur Rosli dan rakan-rakan seperjuangannya dipindahkan ke Sibu pada 1996 meskipun sudah ada sekolah di Sibu diberi atas nama beliau sebagai penghormatan kepada pengorbanannya, pada 1970-an.

SENGAL PARANORMAL TEAM/FACEBOOK.COM

Comments

  1. Tragis kisah cerita rosli dhobi ni.. semoga dijadikan pengajarn

    ReplyDelete

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com