LELAKI DISAHKAN MATI TAPI
DARI HARIAN MATRO Warsaw: Seorang lelaki Poland yang disahkan mati selepas minum terlalu banyak arak terjaga dan mendapati dirinya di dalam bilik mayat. Kejadian di Kamienna Gora, sebuah bandar di barat daya Poland bermula apabila lelaki itu, Kamil, minum terlalu banyak vodka di pub. Dia diserang sakit jantung, menyebabkan dia rebah sebelum dikejarkan ke hospital. Usaha dilakukan untuk menyedar dan menyelamatkannya, tetapi gagal. Dia dihantar ke rumah mayat hospital itu dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tidak lama kemudian, pengawal di hospital itu mendengar bunyi bising di bilik mayat itu. “Saya begitu pasti ada cubaan merompak. Pernah beberapa pemuda datang memecah masuk blik mayat untuk merompak. “Tetapi bunyi bising itu datang dari peti sejuk mayat. Dengan tangan yang menggeletar, saya buka pintu peti sejuk itu dan menemui ‘mayat’ yang dalam keadaan berbogel, meminta selimut kerana terlalu sejuk,” kata pengawal itu. Dia kemudian menelefon polis. Seor...