Posts

Showing posts from January, 2017

MINYAK NAIK LAGI

Image
KUALA LUMPUR : Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam ini. Kadar baharu berkuat kuasa 1 Februari 2017 bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari. Harga RON97 adalah RM2.60  berbanding RM2.40 seliter untuk Januari, manakala harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari. Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus berikutan penyingkiran subsidi bahan api.    (VIA: ASTROAWANI.COM) THANK YOU 

DIDIK ANAK SUPAYA JADI HAMBA JANGAN JADI RAJA

Image
Didik anak menjadi "Hamba" Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi + Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone + Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa. + Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan? Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil + Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka + Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka Alasannya? + "Kesian anak tu kecik lagi.." + "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?" + "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.." Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk...

ZAMAN PRESEJARAH DAN KERAJAAN KERAJAAN TERAWAL

Image
Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan , Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong . Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu y ang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah , Sarawak , terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba. Foto : Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam sebuah gua di Tambun, Perak yang dianggarkan dilukis pada tahun 3000 SM KERAJAAN AWAL ...

TRADISI PERKAHWINAN YANG PELIK

Image
Tradisi Perkahwinan Menangis Walaupun tradisi ini kedengaran sangat janggal dan pelik bagi kita, budaya tersebut memang benar-benar wujud di selatan negara China. Amalan pelik ini sudah menjadi kelaziman sehingga akhir pemerintahan Dinasti Qing (1644-1911). Namun, dengan peredaran zaman dari masa ke semasa menjadikan budaya kahwin menangis semakin dilupakan oleh masyarakat. Walaupun begitu, masih ada lagi kelompok masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik ini iaitu masyarakat Tujia. Mereka percaya adat turun temurun ini berkemampuan untuk mengukur tahap kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina. Semakin 'dahsyat' seorang pengantin itu menangis maka semakin bahagia dan gembiralah perkahwinannya. Bagaimana tradisi pelik ini dijalankan? Tradisi pelik kahwin menangis ini biasanya dilakukan sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Bermula dari kiraan masa hari pertama memasuki bulan tersebut, pengantin perempuan wajib melalui adat...

SKANDAL SEKS DAN PEMBUNUAH DUA SAUDARA DI BATU PAHAT

Image
Ia benar-benar telah menggemparkan negara ketika itu. Dua beradik ditemui mati dan telah reput akibat diikat dan dibuang dalam lubang tandas di Kampung Muhibah, Batu Pahat, Johor. Kes menjadi lebih gempar apabila ketika perbicaraan berlangsung, seorang wanita yang telah bersuami, Salmah, mengaku segalanya bermula apabila dua  beradik itu, yang juga anak jirannya, ternampak dia sedang melakukan hubungan seks dengan pemuda OKU, Sam Ser Abdul Rahim yang juga 'kekasih gelapnya' di rumah mereka. Tetapi yang menjadi misteri, pihak mahkamah dalam pengadilan terakhir MEMBEBASKAN lelaki tersebut dan memutuskan dia tidak bersalah. Sehingga sekarang, kes pembunuhan kejam dua beradik ini tinggal tanda tanya kerana sampai ke sudah tiada siapa yang disabitkan dengan pembunuhan tersebut. Sam Ser sekarang entah di mana manakala Salmah juga sudah lama berpindah dari Batu Pahat. Detail kisah ini pernah ditulis oleh wartawan Berita Harian, Ziauddin Shahrudin tak lama dulu. Kisah 'Tragedi...