SCAMMER DITAHAN

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM

DARI THEVOCKET.COM

Polis menahan seorang wanita dipercayai terbabit dengan penipuan jual beli barangan bayi menerusi internet dalam serbuan sebuah rumah dekat dekat Kampung Jawa, Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, suspek berusia 26 tahun itu didapati turut terbabit dalam 16 kes menggunakan modus operandi sama di seluruh negara.
Katanya, serbuan itu berdasarkan satu laporan bertarikh 16 Januari lalu di Balai Polis Senai berhubung penipuan di laman Facebook (FB) menggunakan akaun ‘Dhia Alesya Sofea’ yang mengiklankan produk barangan bayi seperti lampin pakai buang pada harga murah.
“Selepas pengadu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun dinyatakan, suspek memberi pelbagai alasan dan gagal dihubungi.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menangkap suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini.
Katanya, mereka yang menjadi mangsa suspek dan belum membuat laporan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan polis.
“Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan membuat semakan teliti sebelum berurusan secara atas talian, terutama membabitkan harga barangan yang lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya.



Comments

  1. Perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa barangan melalui online.

    ReplyDelete

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com