FERRMASON BERDAFTAR MACAM ARAK DAN JUDI

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM
DARI ISMAWEB.NET
MALAYSIA negara Islam, tapi masih ada arak, judi dan kelab malam, berlesen pula. Undang-undang negara kata boleh, tapi adakah syarak membenarkan?
“Sesiapa pun boleh bersuara tapi kami diiktiraf, pertubuhan sah di sisi undang-undang,” kata Kurator Muzium dan Perpustakaan Grand Lodge of Scotland, Robert Cooper dua hari lepas.
Robert menggunakan hujah ‘sah di sisi undang-undang’ sebagai menolak bantahan umat Islam terhadap penganjuran persidangan Mason antarabangsa yang dijadualkan bermula hari ini hingga 28 Februari di Pulau Pinang.
Grand Lodge adalah badan korporat yang mengawal dan menguruskan Freemason di Scotland dan gabungannya di seluruh dunia.
Betul, pertubuhan Freemason telah lama bertapak di negara ini secara sah dan berdaftar. Bahkan, banyak bangunan Freemason telah wujud di seluruh negara termasuk sebuah kompleks besar yang baru dibina di Bukit Jalil.
Ada pertubuhan Freemason di Malaysia yang didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1967 atas nama Lodge Tullibardine dan diletakkan di bawah kawalan serta pengurusan Grand Lodge of Scotland.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan maklumat mereka boleh diakses dengan mudah di internet. Rotary Club dan Lions Club adalah pertubuhan lain seperti mereka.
Penulis bersyukur dengan sikap sensitif umat Islam yang rasa tergugat dengan kewujudan dan penganjuran program mereka.
Kita sedia maklum Freemason adalah asalnya pertubuhan Yahudi yang ada kaitan dengan Zionisme. Mereka berperanan besar menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Turki Uthmaniyah terakhir, untuk merampas Palestin.
Melalui pertubuhan ‘rasmi’ Gerakan Turki Muda (Young Turk Movement) dan Jawatankuasa Kesatuan dan Kemajuan (Committee of Union and Progress), pelbagai konspirasi dijalankan sehingga kejatuhan Sultan Abdul Hamid II daripada tampuk pemerintahan.
Freemason adalah gerakan yang terikat dengan Yahudi sebagai tunjang. Tujuannya ialah menubuhkan tata Dunia Baru atau New World Order dengan kepercayaan mewujudkan ‘tuan sejati’ yang memimpin dunia.
Gerakan ini juga bertujuan mengembalikan Haikal Sulaiman di Jerusalem. Hal ini diberitahu oleh seorang orientalis bernama Dozy.
“Freemason adalah satu kumpulan besar terdiri daripada pelbagai mazhab yang berbeza, tapi semuanya bekerja dengan satu tujuan iaitu membangun semula kuil, kerana kuil itu lambang negara Israel,” katanya.
Banyak lagi fakta yang telah dijelaskan oleh pengkaji Islam terdahulu dalam membicarakan soal Yahudi dan Freemason.
Sudah tentu persidangan yang diadakan ini adalah acara biasa yang sah di sisi undang-undang.
Tapi sekurang-kurangnya umat Islam telah bersuara atas dasar iman menentang kumpulan yang satu ketika dahulu telah menjatuhkan khalifah Islam terakhir.
Habaq Mai: Arak dan judi pun kerajaan takut nak sekat, apatah lagi gerakan Yahudi yang ‘rasmi’ dan ‘sah’ di sisi undang-undang.
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.