BATU PERMATA BERNILAI 60 JUTA DITEMUI
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..
DARI SINAR HARIAN

DARI SINAR HARIAN
LUANDA - ANGOLA. Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola, kata syarikat perlombongan Australia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lucapa Diamond Company yang berpengkalan di Perth, batu permata tersebut adalah berlian terbesar pernah ditemui di Anggola.
"Berlian putih tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AUD20 juta (RM 60juta)," kata Pengerusi Lucapa Diamond Company, Miles Kennedy kepada Australian Broadcasting Corp.
Menurutnya, berlian tersebut ditemui dalam Project Diamond Lulo iaitu projek perkongsian antara syarikat itu dengan syarikat belian nasional Angola serta pelabur swasta.
Kawasan perlombongan projek Lulo telah menghasilkan lebih daripada 60 berlian besar sejak ketiga-tiganya mula meneroka rantau ini pada tahun 2015, kata Lucapa dipetik AP.
Berlian terbesar yang pernah ditemui adalah berlian Cullinan 3106 karat ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905.
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.