KIT PENGURUSAN JENAZAH DI RUMAH

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM ASSALAMULAIKUM..



Allah Maha Besar. Ditakdirkan dua ahli keluarga saya meninggal dirumah dan seorang meninggal dihospital tp ketiga tiganya diuruskan dirumah. Dan rezeki mereka dpt ahli keluarga menguruskan dengan baik dan sempurna. Namun dlm pada itu ada juga kurang lebih nya kerana meninggal secara mengejut. Bagi persediaan ke hadapan saya coretkan tips ini agar apabila ada nya kematian selepas ni dpt saudara mara atau rakan taulan saya ingat mengingatkan keperluan nya.
Barang penting yang perlu ada ialah

1. KIT KAIN KAPAN yakni persalinan akhir kita semua ( biasanya surau atau masjid kampung memang ada sediakan. Contoh kmpg saya lah. Tp tk salah jika kita ada menyimpan nya dirumah)

Jika jenazah dimandikan dirumah. Memang perlu sgt brg2 ni :

1. Kain batik lepas (perlu byk helai kerana byk kegunaan nya)
2. Tuala (jenazah perlu dilap selepas dimandikan. Seelok nya berilah tuala yg bersih a.k.a baru)
3. Kain penutup muka (biasa guna kain serban putih atau kain tudung putih)
4. Bantal dan tilam kecil (tempat untuk diletakkan jenazah sebelum mandi kerana selepas mandi akan diletakkan diatas kain kapan beralas tikar mengkuang).
5. Tikar utk alas kain kapan.
6. Putik kapas, tisu, tuala kecil yg bersih ( semua ini utk membersihkan jenazah sblm dimandikan dan kalau dikmpg saya dipanggil meruang)
7. Kain ihram utk menutup jenazah
8. Kain utk tirai (boleh guna langsir atau selimut besar. Tujuan nya nk buat tutup tmpat org menguruskan jenazah supaya terjaga auratnya)
9. Cerek kecik ( untuk siram air selepas kubur dikambus. Kena bwk siap2 dari rumah. So kena sedia la awal2 )
10. Tikar kecil utk org baca talkin.
11. Sabun mandi. Boleh jer sediakan yg cecair. Dulu2 pakai sabun buku. Ini utk tujuan nk bersihkan bdn.

Perkara perkara lain yg perlu ada. Baldi, gayung, daun bidara, kapur barus. Dan nota penting yg semua org harus ingat sediakan lah surah yasin berhampiran jenazah supaya org yg datang melawat boleh menyedekahkan bacaan yasin kepada jenazah.
Untuk rumah kami skrg ini semua perkara ini diletak dlm satu tong dan tempat yg mudah dilihat agar jika berlaku kematian dpt memudahkan org yg menguruskan dan ahli keluarga boleh fokus mengaji dn berdoa. Tk perlu kalut2 lg cari brg.
Nukilan ini dibuat sbg tips bukan utk apa tetapi dari pengalaman saya ianya sgt lah membantu utk mempercepatkkan pengurusan jenazah. Wallahualam.


FACEBOOK.COM/NOOR ABDULLAH

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com