MH370 DITEMUI

 Image result for mh370

Kuala Lumpur: Pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Mauritius disahkan milik MH370.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, analisis ATSB terhadap serpihan itu mengesahkan beberapa perkara dengan persetujuan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370.
“Daripada nombor yang ditemui pada serpihan, bahagian itu dikenal pasti sebagai komponen belakang sebuah Boeing 777.
“Rekod daripada pengilang kepak pesawat juga menunjukkan nombor terbabit dimasukkan ke dalam nombor talian 404 dan ia sepadan dengan Boeing 777,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan asal itu adalah daripada pesawat 9M-MRO atau juga dikenali sebagai MH370.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengumumkan 22 serpihan dipercayai pesawat Boeing 777-200ER itu ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan perairan Tanzania.
Daripada jumlah itu, dua serpihan disahkan manakala empat Iagi dikatakan hampir pasti daripada pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada 8 Mac 2014.
Serpihan disahkan adalah sebuah flaperon pesawat Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion, Julai tahun Ialu dan kepingan sayap di Pulau Pemba, perairan Tanzania pada Jun lalu.

SUMBER DARI HARIAN METRO 

Comments

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com