JENIS JENIS AWAN DAN KETINGGIANNYA
8 KELAS UTAMA AWAN YANG ANDA PERLU TAHU
1) AWAN KUMULUS
ketinggian: ~1km
Awan "gebu" ini mempunyai permukaan yang rata dibawahnya. Ia diperbuat dari mendakan wap air. Jenis awan yang berada di bawah kelas ini adalah cumulis humilis, mediocris, congestus, dan fractus

2) AWAN STRATUS
ketinggian: ~2km
Awan rendah ini dibentuk oleh lapisan melintang yang hampir rata. Awan ini terbentuk apabila kabus pagi dari bumi yang "diangkat" ke langit atau apabila angin sejuk yang bertiup rendah di suatu kawasan. Ia berpotensi untuk menghasilkan gerimis ringan.

3) AWAN ATRATOKUMULUS
ketinggian: ~2.4km
Awan Stratokumulus merupakan awan gelap yang berkumpulan dan lebih besar dari awan altokumulus kerana ia lebih rendah. awan ini jarang membawa hujan.

4) AWAN KUMULONIMBUS
ketinggian: 0.5km hingga 12km
Awan kumulonimbus adalah menara kepulan air yang seringkali membawa hujan dan ribut. ia terbentuk daripada tiupan angin yang kuat ke atas langit. jika anda nampak awan ini di horizon, sila kemaskan teleskop segera!

5) AWAN ALTOSTRATUS
ketinggian: 2.4km- 6.1km
Awan ini membuatkan langit menjadi gelap secara seragam kerana lapisannya yang hampir rata. ia terhasil daripada penyejatan air di kawasan yang bersuhu dan tekanan stabil.

6) AWAN ALTOKUMULUS
ketinggian: 2km- 6.1km
Awan tinggi ini kelihatan berkepul atau bergulung dalam lapisan. Altokumulus yang meninggi sering menandakan hujan ribut mendekati sesuatu kawasan.

7) AWAN SIROKUMULUS
ketinggian: 5km- 12km
Awan ini terbentuk daripada titisan air dan kristal ais. Ia kelihatan berkepul dalam lapisan yang riak tanpa kawasan gelap. Ia sering kali berada di langit pada tempoh yang amat pendek.

8) AWAN SIRUS
ketinggian; 6.4km
Sirus membawa maksud rambut ikal mayang. Ia kelihatan nipis, panjang dan lurus. ia seringkali datang sebelum hujan.
SUMBER DARI FACEBOOK.COM/ORIONIDS GROUP
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.