RAJA THAILAND MENINGGAL DUNIA PADA USIA 88 TAHUN



Image result for raja thailand meninggal


Thailand, 13 Okt - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat hari.

Baginda disahkan mangkat pada usia 88 tahun selepas pihak istana mengeluarkan kenyataan bahawa baginda berada dalam keadaan 'tidak stabil' pada Ahad lalu.

Pengesahan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej disahkan oleh Biro Keraja Diraja hari ini sebagaimana lapor portal Xinhua.

Baginda dilapor menghembus nafas yang terakhir di Hospital Siriraj pada jam 3.52 petang tadi (waktu tempatan).

Raja Bhumibol Adulyadej ditabalkan menjadi raja pada tahun 1946 dan memecah rekod pemegang takhta paling lama dalam sejarah Thai iaitu selama 70 tahun.

Raja Bhumibol dilihat bapa penyatuan dan sumber kestabilan kepada negara Thailand yang telah mengharungi berbelas-belas rampasan kuasa sejak baginda ditabalkan ketika di usia 18 tahun.

Putera Mahkota Vajiralongkorn dijangka akan ditabalkan sebagai Raja Rama X selepas kematian Bhumibol diumumkan secara rasmi. 

SUMBER DARI SIAKAPKELI.COM

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com