AGONG BARU DIUMUN ESOK

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas yang akan diadakan esok akan mengumumkan perlantikan baharu Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V difahamkan berada pada giliran ke-15.
Bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya.
Antaranya, baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain itu, baginda yang dilantik juga adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanya kepada raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kemudiannya, sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 ketika ini disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim akan berakhir pada 12 Disember ini.
SUMBER DARI ISMAWEB.NET
daulat Tuanku... Allahuakhbar
ReplyDelete