Nelson Mandela Meninggal Dunia

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO

Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan dan ikon anti- apartheid, Nelson Mandela telah meninggal dunia malam tadi pada usia 95 tahun,  setelah 3 bulan berada dihospital menjalani rawatan perubatan kerana jangkitan paru-paru.

Nelson Mandela, 1990


Nelson Rolihlahla Mandela lahir di MvezoAfrika Selatanpada 18 Julai 1918. Menjawat jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan dari tahun 1994 sampai 1999. Beliau adalah orang Afrika Selatan berkulit hitam pertama yang dipilih memegang jawatan tersebut. SemasaPemerintahannya beliau fokus untuk menghapuskan pengaruh apartheid melalui pembenterasan rasisme dan kemiskinan. Beliau adalah Pemenang Hadiah Nobel Keamanan tahun 1993. 

Pada 1962, beliau ditahan dan dituduh melakukan sabotaj dan bersekongkol menggulingkan pemerintahan, dan dihukum penjara seumur hidup selama 27 tahun. Bermula di Pulau Robben, kemudian di Penjara Pollsmoor dan akhirnya di Penjara Victor Verster. Beliau akhirnya dibebaskan pada tahun 1990.







Takziah buat keluarga mendiang 


Comments

Post a Comment


Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com