Malaysia ucap takziah

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO



KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat Malaysia hari ini menyampaikan ucapan simpati mendalam serta takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas kematian bekas presiden Nelson Mandela.
    
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata kematian bekas presiden itu bukan sahaja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.
    
"Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan amat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.
    
"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.
    
Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang.

"Seluruh rakyat Malaysia berharap keluarga mendiang Mandela dan rakyat Republik Afrika Selatan akan memperoleh kekuatan dalam menghadapi saat-saat memilukan ini," kata kenyataan itu.
    
Menurut kenyataan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mewakili kerajaan Malaysia untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mandela.
    
Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada Khamis malam setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama.
    
Dalam penghormatan beliau kepada Mandela, pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Tan Sri Razali Ismail berkata bekas presiden itu akan menjadi sumber ilham yang amat bernilai kepada dunia.
    
"Mandela meninggalkan satu legasi tentang kebebasan, kesaksamaan dan perdamaian yang tiada tolok bandingnya melalui pendirian beliau yang begitu komited terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan sosial, bukan sahaja di negaranya, tetapi juga melepasi sempadan negara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Razali berkata Mandela, yang lebih suka dikenali sebagai Madiba, berjuang tanpa mengenal erti jemu untuk menunjukkan betapa optimisme rasional, kesediaan memberi kemaafan dan sikap tidak berdendam, boleh menjadi alat penting dalam menamatkan penindasan dan kekejaman.
    
"GMM ingin mengenang Nelson Mandela, yang melalui kekuatan semangat, keazaman dan sikap pengasihnya, berjaya mengubah dunia menjadi lebih baik dan terus menjadi sumber inspirasi yang tiada penghujungnya kepada kerajaan Afrika Selatan untuk beberapa generasi akan datang," katanya.
    
Sementara itu, Gerakan juga menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas pemergian Mandela.
    
"Nelson Mandela adalah seorang pemimpin ulung dan tidak syak lagi merupakan antara negawarawan terbilang pada zaman kita.
    
"Perjuangan beliau yang penuh dengan keberanian dan merangsangkan semangat dalam menentang rasisme, kemiskinan dan ketidaksamarataan secara berinstitusi serta usahanya memupuk perdamaian kaum, akan sentiasa dikenang oleh masyarakat dunia ketika ini dan beberapa generasi akan datang," kata presiden parti itu Datuk Mah Siew Keong dalam kenyataannya.




http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysia-ucap-takziah-kematian-mandela-1.228127



Takziah sekali lagi

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com