gas Ammonia dari kilang bocor
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,
ASSALAMULAIKUM
HELLO
PASIR PUTEH - Penduduk yang tinggal berhampiran kilang ais batu di Semerak di sini disahkan selamat daripada masalah kebocoran gas ammonia yang mengalami kebocoran dari kilang berkenaan, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hasaan berkata, sembilan pasukan Unit Bahan berbhaya (Hazmat) yang diketuai Pegawai Kanan 2, Mohd Azlan Zainal dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu mengesahkan demikian selepas membuat pemeriksaan selama setengah jam ke kilang berkenaan mulai pukul 4.20 petang ini.
"Ia hanya mengalami tahap bacaan 5ppm tidak memberi kesan kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar kilang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Kebocoran itu menimbulkan kemarahan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, setelah menghidu bau kebocoran gas berkenaan pada pukul 11 pagi tadi.
Bagaimanapun, anggota polis yang tiba di kawasan itu berjaya mententeramkan penduduk dan menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.
Wan Baijuri berkata, kebocoran itu berlaku ketika pihak kilang berkenaan cuba membaik pulih sistem paip untuk membekalkan gas bagi menghasilkan lebih 1,000 kiub ais batu sehari.
Beliau berkata bagaimanapun pihak kilang sudah pun berjaya menghentikan kebocoran itu pada pukul 3.30 petang.
Seseorang yang menghidu gas itu secara berlebihan akan merasa pening dan muntah dan jika tidak diberi rawatan segera ia boleh membawa maut.
http://www.sinarharian.com.my/panik-gas-ammonia-dari-kilang-bocor-1.228138

Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.