banjir di Kelantan mula susut

BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, ASSALAMULAIKUM HELLO


KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan sehingga pukul 9 malam ini semakin berkurangan iaitu seramai 1,762 orang berbanding 2,381 orang pada petang ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.
   
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, semua pusat pemindahan di jajahan Kuala Krai telah pun ditutup berikutan 407 orang yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan telah dibenarkan pulang.
   
Jajahan Pasir Mas iaitu di Rantau Panjang yang merupakan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan telah berkurangan iaitu seramai 1,638 orang berbanding 1,696 orang pada sebelah petang.
    
Di Pasir Puteh, seramai 63 orang masih berada di dua pusat pemindahan iaitu di Gong Datok dan Bukit Awang yang membabitkan sebanyak 19 buah keluarga.
   
Sementara itu, di Machang seramai 41 orang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Labok dan Pulai Chondong yang melibatkan 12 buah keluarga.

Jajahan Tanah Merah masih mengekalkan jumlah mangsa banjir iaitu seramai 20 orang di satu pusat pemindahan di Ulu Kusial yang membabitkan empat keluarga.
   
Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan keadaan paras air sungai semakin surut namun di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.26 meter (bahaya 9 meter). Paras air sungai berkenaan dilaporkan surut secara perlahan.
   
Tiada jalan utama ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir di Kelantan dan keadaan cuaca pada malam ini juga adalah baik



http://www.sinarharian.com.my/mangsa-banjir-di-kelantan-mula-susut-1.228139


Semoga sabar

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com