Polis Cari Wanita Saksi

PULAU PINANG  – Polis sedang mencari seorang wanita untuk menjadi saksi bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Wanita itu, Low Pei Siew, 30, pemegang MyKad 811103-02-5358 beralamat terakhir di No. 2590, Jalan Selasih C/1, Taman Selasih, Kulim, Kedah gagal hadir dalam perbicaraan tersebut.
Inspektor Haslina Hamzah dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah memberitahu, kehadiran wanita itu penting bagi membantu perjalanan perbicaraan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Saksi ini begitu diperlukan bagi memberi keterangan berhubung kes itu di mahkamah yang akan bersidang pada 24 dan 25 November ini,” katanya satu kenyataan di sini semalam.
Saksi berkenaan atau orang ramai yang mengenalinya diminta menghubungi talian 016- 343- 2116 atau 04-5382222.

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com