Alahai Yuna Dan ‘Tenaga’ Qi-nya

Qi bermaksud udara dalam bahasa Cina.
Ia juga membawa erti erti daya hidup, tenaga dinamik ataupun nafas.
Dalam hal ini, penyanyi kecil molek yang menang sakan semalam, Yuna dilihat bertuah kerana mempunyai ‘Qi’ nya yang tersendiri.
Siapa lagi kalau bukan pengacara TV Qushairi Mohammed Razali yang juga dikenali sebagai Qi.
Di malam AIM semalam, kedua-duanya dilihat cukup mesra walaupun agak malu-malu di depan lensa kamera.
Penulis melihat setiap kali Yuna diumumkan sebagai pemenang, terpancar keriangan di wajah Qi yang ala-ala Mat Salleh itu. Mungkin riang mengenangkan penat lelah aweknya itu berbaloi kot, so sweeeeeettttt!!!!
Bagi yang tak tahu, hubungan mereka berdua bermula sejak mereka terlibat dalam program realiti, Kawanku Bintang Coca-Cola pada tahun lalu.
Penulis difahamkan hubungan mereka dah mendapat restu daripada keluarga masing-masing.
Bagaimanapun, Yuna tidak mahu kisahnya dengan Qi itu menjadi bualan ramai atau sering memberi kenyataan pada media, demi menjaga nama baik keluarga masing-masing.
Kata Yuna, walaupun umur mereka jauh berbeza namun ia bukan menjadi masalah kerana mereka mempunyai persamaan iaitu sama-sama suka muzik, biarpun dalam genre muzik yang berbeza
Semoga hubungan mereka membawa ke jinjang pelamin le hendaknya, bukan apa, nampak macam dah kena sangat, serasi bersama kata orang.
Mungkin ‘Qi’ yang dibawa oleh ‘Qi’ benar-benar telah membawa satu impak dalam hidup Yuna.
Itulah yang dikatakan cinta, ermmm…

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com