FORTUNE MENYEBELAHI MALAYSIA BY DR. TANAKA MUSTAFA
FORTUNE MENYEBELAHI MALAYSIA BY DR. TANAKA

1) Video yang dibuat oleh seorang doktor gigi Amerika memuji 15 langkah Malaysia menangani Covid19 mendapat perhatian seluruh dunia. Ramai Youtuber pakat ambil peluang membuat reaksi mereka menonton video tersebut, untuk tumpang dapat Likes dan Subscribers.
2) Video ini sudah lebih 5 minggu di Youtube. Namun terdapat ramai Youtuber yang masih baru bikin video reaksi dan diupload. Viewer yang sangat ramai walaupun baru sahaja upload. Youtubers Malaysia juga boleh buat reaksi untuk berterima kasih kepada doktor tersebut.
3) Tapi itu bukan pointnya. Pointnya adalah dunia membuka mata dengan kejayaan Malaysia menangani Covid19, sehingga ada yang menitis air mata melihat kecaknaan kerajaan Malaysia serta kesepakatan rakyatnya. Ada yang terharu, ada yang nak datang ke Malaysia setelah habis isu Covid19.
4) Antara reaksi-reaksi Youtubers itu, part yang mereka kagum kagum adalah kesungguhan kerajaan membantu rakyat dalam krisis Covid19 - antaranya membina hospital sementara, menyediakan khemah-khemah untuk gelendangan, menyediakan hotel percuma untuk rakyat Malaysia yang pulang dari oversea selama 14 hari kuarantin, pemberian RM1600 kepada isi rumah etc. So many wow in their reactions.
5) Mereka turut kagum dengan support and love rakyat kepada frontliners, sampai sanggup membantu menyediakan PPE, makanan dan bantuan kepada frontliners - sedangkan mereka kata di negara mereka, frontliners dijauhi kerana takut mereka membawa jangkitan.
6) Yang rare, mereka kagum wow apabila sampai pada part doktor gigi itu kata, pembangkang turut bekerjasama dengan kerajaan. Ignoring politik katanya. "Opposition leaders came together and forgot about politic for the good of Malaysia". Reaksi Youtubers rata-ratanya kagum.
7) Walhal mereka tak tau sebenarnya apa yang pembangkang Malaysia duk buat setiap hari. Buka setakat kritik, bukan setakat nak ajak bersidang, siap hari-hari kumpul dan membilang SD untuk tumbangkan kerajaan. Kalau mereka tahu, pasti mereka akan kata "Gila bangat", "Crazy", "Bullsh*t", "bobo putang ina", "bakayarou" etc.
8 ) Mereka kagum dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia dipuji kerana patuh dan high level punya cooperation. Kerajaan pula tegas dan sangat cakna serta come out dengan plan-plan yang berkesan. Frontliners yang cekal dan dihormati.
9) Tetapi mereka tidak tahu, semua kekaguman ini sebenarnya bermula dengan bertukarnya kerajaan sebelum gelombang kedua menyerang Malaysia. Jika melihat plan dan ketidak-tegasan kerajaan PH sebelumnya menangani gelombang pertama, Malaysia akan gagal dengan datangnya gelombang kedua.
10) Tuhan mentakdirkan Malaysia bertukar kerajaan dengan cara yang paling smooth, tanpa pilihanraya, tanpa berlaku huru-hara, dan some credit kepada pembangkang PH - tidak merekrut rakyat turun berdemonstrasi untuk menggagalkan kerajaan baru PN.
11) Semua ini berlaku adalah atas kehendak Allah yang menyusun atur sesuatu yang terbaik untuk rakyat Malaysia untuk melawan coronavirus dan seterusnya mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Nak marah pasal pintu belakang atau tebuk atap, boleh lah nak marah. Tetapi sedarlah inilah hakikat susun-atur yang Maha Kuasa.
12) Dalam 15 perkara yang dikagumi oleh doktor gigi Amerika tersebut hanyalah sedikit sahaja yang dia tahu. Banyak lagi perkara yang sangat baik yang dirancang oleh kerajaan PN untuk rakyat dalam mendepani krisis coronavirus dan krisis ekonomi hari ini.
13) Kalau disebut dalam video rakyat dalam 1GB free setiap hari semasa PKP, mesti pakat wow lagi. Belum lagi cherita bagaimana kerajaan membantu peniaga kecil, peniaga besar, syarikat-syarikat yang terjejas dan sebagainya.
14) Nyata, takdir pertukaran kerajaan adalah takdir yang sangat baik untuk rakyat Malaysia. Soal PH nak rampas balik itu number dua. Bab pertama adalah, kita rakyat kena bersyukur atas takdir yang sangat baik.
15) Antara Youtbers yang paling banyak memberi reaksi adalah Youtuber Indonesia. Nyata sekali mereka sedih dan kechewa juga dengan apa yang terjadi dalam negara mereka. Mereka rata-rata mencemburui Malaysia.
16) Saya pernah menulis tentang Fortuna yang menyebelahi Indonesia untuk menjadi kuasa besar dunia. Tetapi hari ini seakan benar-benar Fortuna itu menyebelahi Malaysia. Bukan sahaja kerajaannya yang baik, malah rakyatnya yang sangat supportive.
17) Seakan satu kebangkitan baru umat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu untuk mengembalikan kegemilangan sejarah lampau mereka yang terpadam tu. Jika momentum kebagusan ini berterusan, kita mungkin boleh lead Asia Tenggara menguasai dunia.
Sekian
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.