APA ITU TOMBONG

APA ITU TOMBONG

Image may contain: text that says ""TOMBONG" Uterus Prolapsed uterus"

Tombong atau prolapse rahim adalah kekenduran rahim iaitu satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Tombong lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah beberapa kali hamil dengan lebih daripada satu kelahiran vagina(bersalin normal) dan juga dihidapi wanita selepas putus haid.

PUNCA TOMBONG :

1. Kehamilan dan kerap bersalin, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum).
2. Umur meningkat dan menopaus.
3. Tidak meneran dengan betul semasa bersalin
4. Batuk atau sembelit kronik.
5. Berat badan berlebihan (obesiti).
6. Sering mengangkat barang berat.
7. Ketumbuhan dalam abdomen.


CERITA TENTANG TOMBONG 

zaman dahulu, tombong hanya meniti dari bibir-bibir ibu tua, yang digunakan untuk menakut-nakutkan anak2 gadis atau ibu-ibu muda di dalam pantang.

Masa pertama kali ice dengar pasal tombong pun ketika dimarah arwah moyang kerna panjat pokok rambutan dihalaman rumahnya di Serting, Negeri Sembilan.

"Jangan panjat pokok tinggi-tinggi. Jatuh kang, keluar tombong."

Dari fikiran anak gadis 14 tahun, "Celah mana pulak tombong kelapa nak keluar bawah pokok rambutan ni." Ice hanya tersengih dan menggeleng kepala.mendengar momokan arwah onyang.

Setelah menginjak dewasa, menjadi isteri dan ibu, dan berkecimpung secara serius di dalam bidang Rawatan Penjagaan Pantang, kes pertama diterima mengurut seorang wanita berusia. Ketika mengurut dicelah paha, terpegang sesuatu yang terjolol terkeluar dari celah seluar dalamnya.

"Eh, apa benda ni?"
Detik hati. Dalam diam menyelak dan terpempan. Masyallah.....tombong.

Perlahan2 menegur makcik tersebut. Makcik itu hanya mengangguk dan beritahu dia sudah lama keluar tombong. Dalam 12 tahun lamanya. Dia beritahu, akibat mengangkat tong gas ketika berpantang demi jualan mee kari di kedai makan, dia terpaksa akur dengan harga yang perlu dibayar dihari tua. tombong sebesar tapak tangan menjadi saksi.

Ada relevan mengapa anak gadis dilarang mengangkat benda-bend berat.

Lama kemudian, sekali lagi Ice dihuni dengan panggilan telefon seorang wanita beranak dua. Prolapse 2nd degree kerana slip disc. Pernah jatuh menyebabkan disc yang sepatutnya memegang otot rahim menjadi lemah dan akhirnya faraj mengelongsor.

Tahun lepas, 5 kes prolapse Ice attend. Kesemua wanita-wanita ini masih muda. Awal 30-an dan 40-an. Kesemua ada cerita tersendiri. Dan kebanyakkannya, kurangnya penjagaaan diri ketika berpantang. Berpantang ala-ala orang sihat. Anak dalam hari sudah diarak kehulu-hilir. Ada yang sudah memandu pada minggu kedua berpantang. Tak kurang yang mandikan bayi bary lahir dalam keadaan mencangkung. Rata2nya masalah selepas berpantang. Dan rata-rata mereka BANGGA apabila dipanggil ibu moden yang TIDAK BERPANTANG.

Ibu berpantang perlu mengelakkan dari duduk mencangkung

Lalu persoalan yang berbangkit sekarang...
Dimanakah silapnya?

Dimanakah silapnya sehingga tombong yang kebanyakkannya dialami oleh wanita berusia senja, sudah terzahir pada wanita berusia muda?

Apa guna wajah dan badan cantik lagi mantap, tetapi tidak mampu berfungsi sebagai pemuas nikmat suami?

Mengapa dibiarkan faraj yang berharga, dilelong sesuka hati atas nama pemodenan?

Mungkin ada yang tertawa sinis dengan pendapat bidan urut muda seperti saya. Tetapi saya yang menyaksikan sendiri trend tombong dikalangan wanita muda ini hanya boleh berkata; anda belum nampak dan terkena, jangan semberono memijak martabat aturan berpantang.

Bagi saya, tidak salah berpantang lebih...asalkan selamat jiwa dan jasad

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com