Posts

Showing posts from June, 2020

FORTUNE MENYEBELAHI MALAYSIA BY DR. TANAKA MUSTAFA

Image
FORTUNE MENYEBELAHI MALAYSIA BY DR. TANAKA 1) Video yang dibuat oleh seorang doktor gigi Amerika memuji 15 langkah Malaysia menangani Covid19 mendapat perhatian seluruh dunia. Ramai Youtuber pakat ambil peluang membuat reaksi mereka menonton video tersebut, untuk tumpang dapat Likes dan Subscribers. 2) Video ini sudah lebih 5 minggu di Youtube. Namun terdapat ramai Youtuber yang masih baru bikin video reaksi dan diupload. Viewer yang sangat ramai walaupun baru sahaja upload. Youtubers Malaysia juga boleh buat reaksi untuk berterima kasih kepada doktor tersebut. 3) Tapi itu bukan pointnya. Pointnya adalah dunia membuka mata dengan kejayaan Malaysia menangani Covid19, sehingga ada yang menitis air mata melihat kecaknaan kerajaan Malaysia serta kesepakatan rakyatnya. Ada yang terharu, ada yang nak datang ke Malaysia setelah habis isu Covid19. 4) Antara reaksi-reaksi Youtubers itu, part yang mereka kagum kagum adalah kesungguhan kerajaan membantu rakyat dalam krisis Covid19 - antaranya mem...

REVIEW PONMANGAL VANDHAL OLEH MOHD FAHDIL

Image
Tak ramai tahu isi hati kanak-kanak yang telah menjadi mangsa 'sexual abuse'. Di rogol sehingga berdarah farajnya. Kebanyakkan mangsa dibiarkan mereput begitu sahaja setelah nafsu syaitan dilampiaskan. Kesakitan, Kehilangan dan Kesengsaraan. Itulah suara hati seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan pedofile. Venba lakonan Jyotika sangat-sangat hidup. Hidupnya warkah filem ini tatkala  Venba menceritakan kembali apa yang berlaku terhadap dirinya 1. Kisah Ponmagal Vandhal bermula dengan satu babak imbas kembali. Satu suara teriakan dan dua das tembakan telah dilepaskan. 2. Dua das Tembakan ini telah dilepaskan oleh seorang ibu yang bernama Jothi. 3. Anak Jothi, telah diculik oleh dua orang lelaki. Ketika ini anaknya sedang asyik bermain basikal dan ditarik masuk ke dalam kereta. 4. Rentetan dari daripada tembakan Jothi, dua orang lelaki telah terbunuh. Jothi telah diburu dan diberi jolokan 'psiko' atau wanita gila. Aku tak tahu macam mana nak buat review cerita ...

APA ITU TOMBONG

Image
APA ITU TOMBONG Tombong atau prolapse rahim adalah kekenduran rahim iaitu satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. Tombong leb ih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah beberapa kali hamil dengan lebih daripada satu kelahiran vagina(bersalin normal) dan juga dihidapi wanita selepas putus haid. PUNCA TOMBONG : 1. Kehamilan dan kerap bersalin, terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum). 2. Umur meningkat dan menopaus. 3. Tidak meneran dengan betul semasa bersalin 4. Batuk atau sembelit kronik. 5. Berat badan berlebihan (obesiti). 6. Sering mengangkat barang berat. 7. Ketumbuhan dalam abdomen. CERITA TENTANG TOMBONG  zaman dahulu, tombong hanya men...

TUNANG

Image
TUNANG "Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja" Kami serentak menoleh. "Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya. "Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga" Kami terdiam. "Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak ke...

DALAM BERBUAL ADA NASIHAT YANG DISAMPAIKAN

Image
DALAM BERBUAL ADA NASIHAT YANG DISAMPAIKAN Pakcik datang bawa isteri pilih cincin. Orang lelaki mungkin dah jadi tabiat agaknya. Semua cantik kalau si isteri cuba! Berkenan 1 bentuk ini terus bayar dan pakai. Bila ambil gambar mereka baru saya perasan, Aura kasih-sayang tu terserlah sungguh! "Mak ayah siapa lah yang bertuah ni ya?" Ujar saya dalam hati sambil tersenyum melihat mereka berlalu pergi. Mungkin tuhan hantar mereka ini untuk jentik hati saya. Dengan melihat dan berbual pendek sahaja, Macam-macam nasihat yang saya perolehi. Antaranya kena selalu bagi hadiah dekat isteri! Kalau bini saya tu, beli makanan pun dia dah gembira sangat. Jimat duit saya, sayang dia pun saya dapat! Senang saja sebenarnya kalau difikir balik  🤔 "Kalau panas sangat nak marah orang, Pergi jauh-jauh dulu bagi tenang hati sendiri." Ada betulnya bila saya fikirkan balik. Ya lah, bini saya ni kalau tengah marah tak boleh nak bawa bincang. Lagi kita menjawab, lagi pelik soalan yang kelua...

VICUNA BULUNYA LEBIH MAHAL DARI EMAS

Image
VICUNA BULUNYA LEBIH MAHAL DARI EMAS|   BULU VICUNA NI LAGI MAHAL DARI EMAS 

ULUSAN TENTANG PEMANDU MABUK OLEH MUFARWA FARID..

Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni. Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni. Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati. Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati. Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni. Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut. Bila boleh saman ni? Sekarang pun boleh. Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati. Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama. Yang sedang dior...