PESAWAT MAS BERPATAH BALIK, ADA CUBAAN MASUK KOKPIT


PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur hari ini, terpaksa berpatah balik selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang. Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada 5.28 pagi ini (waktu Malaysia). Bagaimanapun, pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew kabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit. "MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/288447

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com