AYAH DURJANA ROGOL ANAK SENDIRI

AYAH DURJANA ROGOL ANAK SENDIRI


Image result for ROGOL

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun selepas dipercayai merogol anak perempuannya yang berusia lapan tahun, di kediaman mereka di Jalan Kunang-kunang, Taman Desa Permai, Kangkar Pulai, dekat sini. Lebih mengejutkan suspek baru dibebaskan dari penjara pada hujung tahun lalu selepas didapati bersalah mencabul anak perempuan sulungnya yang berusia 27 tahun. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi Khamis lalu, sebelum abang mangsa yang berusia 13 tahun membuat laporan polis pada jam 4.18 petang Ahad lalu. Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput ditahan di rumahnya, kira-kira setengah jam selepas anak lelakinya itu membuat laporan polis. "Siasatan awal polis mendapati mangsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama suspek, manakala ibu kandungnya tidak tinggal bersama sejak tahun lalu berikutan masalah keluarga. "Siasatan juga mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau kesalahan mencabul anak perempuan sulungnya dan dikenakan hukuman penjara empat bulan pada tahun lalu," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini. Noor Hashim berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Sementara itu, dalam kes lain, beliau berkata, polis memburu tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tetak operator kilang berusia 27 tahun, dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari, Skudai, dekat sini, Ahad lalu. Katanya, dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang bekerja di Singapura cedera di muka dan kepala. "Hasil siasatan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah rumah di Kota Tinggi, kira-kira jam 4.08 pagi semalam dan kini sedang mengesan tiga lagi suspek," katanya. Noor Hashim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

SUMBER

www.bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com