REVIEW FILEM INFERNO DARI THE PATRIOTS
SUMBER DARI FB.COM/THEPATRIOTS
Kalau nak tahu ceritanya macam mana, tonton filem ini. Filem ini adalah sekuel daripada dua buah filem yang terdahulu iaitu THE DA VINCI CODE (2003) dan ANGELS & DEMONS (2009) berdasarkan novel-novel Dan Brown. Filem kali ini memberikan perhatian pada idea tokoh sastera Itali iaitu Dante Alighieri.
.
1. Divine Comedy
Tajuk filem itu sendiri berasal daripada salah satu bab dalam puisi Dante yang terkumpul dalam Divine Comedy. Divine Comedy adalah kumpulan-kumpulan puisi oleh Dante yang terkenal di dunia. Inferno adalah bahagian pertama dan diikuti oleh Purgatorio dan Paradiso.
.
Dalam Inferno ini mengisahkan perjalanan Dante di dalam neraka sambil ditemani oleh sasterawan Rom Purba, Virgil. Dalam puisi ini jugalah Dante menggambarkan nerakanya yang mempunyai 9 tingkat. Setiap tingkat menggambarkan setiap dosa yang semakin turun tingkat tersebut menunjukkan dosa yang paling meningkat kefasikannya.
.
Setiap dosa tersebut dikenakan hukuman yang berbeza-berbeza seperti yang digambarkan dalam filem, iaitu sewaktu Robert Langdon mengalami khayalan gambaran neraka Dante. Dalam filem ini tidak menunjukkan sebarang keperluan dengan idea neraka Dante melainkan perkataan Zobrist (antagonis) yang tersemat pada lukisan neraka tersebut.
.
2. Sigmund Freud Interpretation of Dream
Ketika Robert Langdon dimasukkan hospital untuk dirawat, dia mengalami mimpi dan khayalan mengenai neraka Dante. Dia juga menyaksikan pelbagai jenis seksaan bagi orang-orang yang berdosa mengikut dosa masing-masing.
.
Sebelum Langdon dimasukkan ke Hospital, dia telah menolong rakannya dari WHO (World Health Organization) untuk menafsir pelbagai klu-klu yang melibatkan Divine Comedy oleh Dante, termasuklah neraka yang digambarkan oleh Dante. Jadi, khayalan ataupun mimpi yang dialami oleh Langdon sebenarnya mempunyai perkaitan dengan apa yang dilakukan sebelumnya. Ataupun memori yang paling kuat menguasainya ketika bermimpi.
.
Sigmund Freud, seorang psikoanalisis terkenal dalam karyanya 'The Interpretation of Dream' pernah menyatakan, mimpi adalah 'amplification' ataupun 'inducement' daripada apa yang dirasai oleh tubuh. Tafsiran ini berasal daripada Aristotle. Antara contoh yang diketengahkan ialah, kita bermimpi berjalan di atas api dan berasa sangat panas apabila tubuhnya (yang sedang tidur) berasa sedikit hangat.
.
Mimpi membesarkan stimuli kecil yang dirasai oleh tubuh dan ingatan. Apabila sebelum tidur kita memikirkan suatu perkara, perkara tersebut akan jadi 'twist', mimpi akan 'induce' perkara tersebut. Sebab itulah Langdon bermimpi berada dalam neraka Dante kerana sebelumnya dia terlibat dalam aktiviti menafsirkan karya Dante dan memorinya kuat ke arah itu.
.
3. Cartesian Demon
.
Dalam filem ini, idea Descartes berkenaan Demon tidak begitu menonjol, tetapi ia merupakan pivot yang menunjukkan plot dalam filem itu menjadi 'twist'. Sewaktu Descartes bergelumang mencari realiti yang sebenar, beliau pernah mengusulkan bahawa, bagaimana sekiranya kita semua sedang dimanipulasi oleh seekor Demon yang genius. Demon ini Descartes memanggilnya sebagai 'Evil Genius'. Demon yang mengawal persepsi dan deria manusia serta membuatkan manusia sedang bermimpi dan berkhayal tidak dapat melihat realiti yang sebenar.
.
Descartes 'berlawan' dengan Demon ini dengan berfikir. Descartes tidak dapat memastikan sama ada apa yang dia lihat adalah sebuah realiti. Dia juga tidak dapat memastikan bahawa tubuhnya itu adalah tubuhnya. Ini membuatkan Descartes menjadi seorang yang skeptis. Tetapi akhirnya, keraguan Descartes sendiri yang membuatkan dia menemui dirinya sebagai entiti berfikir. Muncullah perkataan, "Cogito Ergo Sum" (I think, therefore I am).
.
Dalam filem ini, Langdon dimainkan oleh khayalan yang dibawa oleh Mr. Sims (Demon Evil Genius) sehinggakan luka akibat tembakan di kepalanya disangka benar, sedangkan Langdon tidak mengalami sebarang luka seserius itu. Bermula dari babak dia di hospital sehinggalah Langdon sedikit-demi sedikit memecahkan rahsia yang menjadi objektif utama Mr. Sims. Semua yang disangka oleh Langdon sebagai benar merupakan realiti palsu yang direka oleh Mr. Sims.
.
Tetapi setelah Langdon dikhianati oleh Dr. Sienna, barulah Mr. Sims mendedahkan rancangannya untuk menyelamatkan manusia daripada wabak. Sepanjang Langdon dikhayalkan, dia berfikir membuatkan dia sedikit demi sedikit menemui realiti sama seperti keadaan Descartes.
.
4. Wabak Black Death.
Ancaman utama yang dimasukkan ke dalam filem ini adalah wabak yang mahu membunuh lebih daripada separuh populasi manusia. Zobist menanggap wabak ini sebagai bentuk 'salvation' (penyelamat) bagi manusia. Sebenarnya aku tak pasti bentuk 'selamat' apa yang dimaksudkan oleh Zobist. Tetapi, eloklah aku gambarkan dulu apa yang berlaku pada kurun ke-14 di Eropah.
.
Pada masa itu wabak 'Black Death' menular di seluruh Eropah. ‘Black Death’ adalah wabak taun yang tersebar dari Mongolia hingga ke Utara India, China dan Timur Tengah di sekitar tahun 1340M. Black Death dikatakan malapetaka penyakit paling teruk dalam sejarah manusia dengan jumlah kematian dari 75 juta hingga 200 juta orang pada sekitar tahun 1346M hingga 1356M. Pada kurun berikutnya, dengan kesan daripada wabak, kebuluran dan peperangan, hampir separuh populasi Eropah, mungkin 60% populasi yang terkorban.
.
Kematian yang tinggi ini dalam tempoh satu kurun telah mencipta siri pergolakan dalam sosial, keagamaan dan ekonomi yang membawa pembentukan sejarah di Eropah. Pada masa itu, bagaimana wabak ini tersebar masih membingungkan masyarakat Eropah. Sampai Yahudi pernah dituduh menyebarkan penyakit ini lalu dibunuh beramai-ramai. Macam kitalah, semua salah Yahudi.
.
Setelah kadar kematian meninggkat, sumber makanan ada lebihan untuk mereka yang masih hidup. Hal ini menyebabkan kadar harga gandum merudum dan mudah untuk dimiliki. Peluang pekerjaan sangat tinggi dan dibayar dengan gaji yang lebih tinggi daripada sebelum ini. Kadar pencemaran dan penebangan pokok menurun, masyarakat lebih mudah menikmati gaya makan yang lebih sihat. Bagi pengusaha tanaman, mereka dapat luaskan tanaman dan pemilikan tanah memandangkan banyak tanah yang kosong dan dibiarkan. Boleh dikatakan, kehidupan penduduk Eropah selepas kejadian wabak tersebut lebih baik daripada sebelumnya.
.
Dari sudut sosial, banyak gerakan pemberontakan telah muncul untuk menentang status quo di sekitar Eropah. Di Perancis, Pemberontakan Jacquerie yang terdiri dalam kalangan para petani muncul menentang tuan tanah mereka. Berlaku kemusnahan dan pembakaran harta-harta serta bangunan. Di London, beribu-ribu penduduk berarak menentang birokrasi kerajaan dan Gereja. Para paderi ditanggkap dan dibunuh. Richard II (1367M – 1400M) diugut untuk menamatkan sistem cukai dan serfdom. Di Florence pula, pekerja di industri pakaian menunjuk protes terhadap Kerajaan Florence. Mereka merampas pengawalan ke atas bandar, mahu membubarkan sistem cukai, meningkatkan kadar pekerjaan dan mahukan sistem perwakilan dalam politik.
.
Lebih kurang beratus-ratus pemberontakan yang berlaku di sekitar Eropah dan mereka berkongsi faktor kebangkitan yang sama. Antaranya, pemberontakan ini tidak muncul sebab kemiskinan. Para pemberontak telah mempunyai kuasa ekonomi yang baru sejak berakhirnya wabak. Mereka gunakan kelebihan ini untuk melakukan perubahan yang lebih signifikan.
.
Mereka mengharapkan kehidupan mereka berubah daripada kehidupan yang menekankan. Keyakinan pemberontak datang kerana perubahan ekonomi yang mereka alami. Kadangkala, para raja dan bangsawan tidak mampu menangani pemberontakan ini, tetapi masih mampu bertahan untuk mendominasi semula. Siri pemberontakan ini menjadi siri yang penting dalam pembentukan landskap Eropah.
.
Aku fikir inilah bentuk 'salvation' yang dicanang oleh Zobist. Lebihan populasi manusia membuatkan banyak perkara terbantut. Pengurangannya manusia akan dapat mencapai pelbagai bentuk kemajuan seperti yang berlaku di Eropah suatu ketika dahulu.
.
5. Utilitarianism.
Dr. Sienna sendiri sanggup membunuh jutaaan manusia dengan wabak yang dicipta oleh teman lelakiknya, Zobist atas nama cintakan manusia itu sendiri dan ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar. Ini adalah idea utilirianism. Matlamat menghalalkan cara.
.
Malas dah nak ulas utilitarianism ini panjang-panjang. Banyak kali dah ulas. Haha.
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.