PERBUNUHAN GABRIEL KUHN
(Maaf, gambar agak mengerikan)
12 Julai 2007
Daniel Philip Petry dilahirkan pada tahun 1991(16 tahun ketika kejadian) di Blumenau, Santa Catarina, Brazil. Daniel ni seorang yang sangat agresif, mudah bertindak ganas pada sesiapa pun. Dia juga adalah salah seorang pesakit yang menerima rawatan psikiatri, tetapi sering meninggalkan sesi terapi.
Hanya televisyen dan internet sahaja yang diinginkan olehnya, kiranya ni tabiat laa. Daniel ni ada teman rapat jugak walaupun ganas orangnya. Nama dia Gabriel Kuhn berusia 12 tahun. Nak dijadikan cerita, suatu hari diorang ni bergaduh besar.
Pertengkaran di antara Petry dan Kuhn bermula ketika mereka bermain game "Tibia (Spanish)". Petry yakin bahawa Kuhn telah menipu dalam permainan. Petry pergi ke rumah Kuhn. Kebetulan ibu bapa Kuhn tiada di rumah. Adiknya keluar dan Kuhn bersendirian.
Petry memasuki rumah melalui pintu yang terbuka, mendapatkan Kuhn dan mula memukul beliau. Kuhn cuba mempertahankan dirinya, tetapi Kuhn tak berdaya melawan disebabkan oleh Petry yang lebih tua dan lebih kuat berbanding Kuhn.
Petry menolak Kuhn masuk ke dalam bilik tidur, kemudian meliwat beliau. Gabriel Kuhn menjerit dan menangis kesakitan. Cadar tilam Kuhn berlumuran darah.
Setelah dipukul dan diliwat dengan ganas, Gabriel Kuhn mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapanya.
Terburu-buru, Petry memutuskan untuk membunuh Kuhn. Dia menggunakan kabel dan kemudian melilitkan kabel tersebut di sekitar leher Kuhn dan menariknya ketat sehingga Gabriel
pengsan .
Kemudian Daniel mempunyai idea yang lain. Dia pergi ke garaj rumah, mengambil gergaji besi dan kembali kepada Kuhn. . . dan mula memotong bahagian paha Kuhn.
Kuhn kembali sedar apabila Daniel sedang memotong pahanya dan dia mula menjerit kesakitan, Kuhn terputus kaki kiri. Kuhn berhenti menjerit, kemungkinan dia pengsan kerana kejutan dan kehilangan darah yang banyak. Setelah itu, Petry meneruskan lagi memotong paha kanan dan kemudian mencerai-beraikan anggota badan tersebut.
Bedah siasat menunjukkan bahawa Gabriel Kuhn disahkan mati apabila kedua-dua kakinya telah digergaji. Petry cuba menyembunyikan badan Kuhn dalam perangkap pintu (loteng) rumah. Daniel melilit kabel dan wayar di sekitar badan Kuhn dalam usaha membawa badan Kuhn yang telah dikerat ke dalam loteng, tetapi tidak berjaya kerana Kuhn terlalu berat.
Akibat daripada itu, mayat Kuhn ditinggalkan begitu saja dalam keadaan kaki dan badan terpisah.
Daniel kemudian melarikan diri dari rumah itu. Saudara Kuhn tiba tidak lama selepas itu dan mendapati mayat saudaranya terbaring di sebalik pintu. Ngeri, dia berlari keluar ke jalan dan terus menjerit.
Seorang lagi jiran juga berada di tempat kejadian apabila terdengar jeritan saudara Kuhn dan dia terus menelefon pihak polis.
Akhirnya Daniel berjaya diberkas, dia dibicarakan di mahkamah dan dihukum penjara tiga tahun atas kesalahan membunuh. Daniel Petry jugak dimasukkan ke Boy's Home disebabkan kes juvana yang telah dilakukan olehnya. Gara-gara game badan binasa.

SUMBER DARI FACEBOK.COM/SENGALPANORAMATEAM
mengerikan...dri lokmanamirul.com
ReplyDelete