Puteri Sarah Liyana ingin berhenti
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,
ASSALAMULAIKUM
HELLO
Rasanya bukan pertama kali kami dengar yang Puteri Sarah Liyana ingin berhenti berlakon dan untuk kali ini selebriti berusia 28 tahun itu nekad dengan keputusan beliau untuk mengundur diri.
Bercakap kepada Berita Harian, Puteri Sarah Liyana mengakui yang sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon tetapi ada sahaja perkara yang membantutkan hasratnya itu.
“Bagaimanapun, saya tidak tinggal terus dunia seni dan memilih untuk mengacarakan program mengenai fesyen muslimah di TV2,” ujar Puteri Sarah Liyana.
“Saya sudah dpaat kerja di Butik Eiliya dan akan mula bekerja mulai Oktober ini, dapat juga saya manfaatkan apa yang dipelajari selama lima tahun dulu biarpun bidang diambil dulu berkaitan pengurusan hospitaliti & pelancongan tidak seiring dengan tawaran kerja ini”
Puteri Sarah Liyana juga menafikan yang hasrat untuk berhenti berlakon ini kerana beliau serik dengan kontroversi yang sering melanda dan menegaskan keputusan ini adalah kerana penghijrahan beliau — elak bersentuhan dengan bukan muhrim.
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.