Artis : Adam AF Dan Fiza Elite Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
BISMIIlAHIRAHMANIRAHIM DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PERMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,
ASSALAMULAIKUM
HELLO
Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau dikenali dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap
Pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan majlis dimulakan dengan khutbah nikah oleh Suhaimi. Pasangan ini yang mengenakan putih ini turut kelihatan sepadan bagai pinang dibelah dua.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza dan perkahiwinan pertama bagi Adam selepas Fiza pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
Kami mendoakan agar kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat & berikut beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan yang serba ringkas ini. Enjoice!
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.