Peristiwa Israk Mikraj
(سورة الإسراء)
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ (١)
Terjemahan:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Al-Israk 17:1)
Beberapa Pendapat Tentang Israk Dan Mikraj:
Manusia berbeda pendapat tentang kejadian Israk dan Mikraj. Ada yang mengatakan bahwa peristiwa itu berlaku dengan jasad dan roh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dan ada pula yang berpendapat hanya dengan roh tanpa jasad.
Sebahagian mereka mengatakan peristiwa itu dilalui olih baginda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) dalam keadaan mimpi, dan ada pula yang mengatakan bahwa peristiwa itu berlaku dalam keadaan jaga dan bukan dalam tidur.
Dalam hal ini, menurut kebanyakan (jumhur) ulama; Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dengan jasad dan roh baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) serta dalam keadaan jaga, Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat (perkara luar biasa yang diberikan olih Allah kepada RasulNya) dengan tujuan untuk memperkokoh kedudukan kerasulannya.
Tafsiran Ayat:
Maha Suci Allah:
Allah SWT mensucikan diriNya, Allah mengagungkan urusanNya karena kodrat atau kuasaNya yang tiada tolok bandingannya. Tidak ada seorangpun yang dapat mengatasi kemampuanNya.
Biasanya penggunaan kata TASBIH adalah untuk menyatakan keagungan sesuatu. Sesuatu ayat jika diawali olih tasbih biasanya untuk menyatakan perkara yang besar dan agung. Dan kalaulah seseorang itu tidak benar-benar mensucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak bagiNya, maka sudah pastilah mereka tidak akan dapat mempercayainya.
Tetapi sekiranya sudah sempurna TASBIH (pensuciannyaterhadap Allah SWT) maka mereka akan dapat menerima hakikat itu. Malahan lebih daripada itupun mereka bolih percaya. Ini sebagaimana sikap Abu Bakar, yang sempena peristiwa inilah beliau akhirnya mendapat gelaran Ash-Shiddiq.
Dan kalaulah peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dengan roh dan dalam mimpi, maka tidak perlulah ayat tersebut diawali dengan TASBIH karena itu adalah perkara biasa dan semua orang dapat melakukannya dengan mudah. Dan jika demikian tidak timbullah peristiwa murtad beramai-ramai daripada kalangan sahabat yang baru memeluk Islam.
Yang Telah Memperjalankan HambaNya Pada Suatu Malam:
Penggunaan kata ( أَسْرَى ) adalah khas untuk menyatakan perjalanan itu berlaku pada waktu malam. Sedangkan kata hambaNya (بِعَبْدِهِ) ini memperkuat dalil bahwa peristiwa itu berlaku dengan roh dan jasad. Karena kata (عَبْدٌ ) artinya hamba dan setiap hamba mestilah terdiri daripada dua unsur jasmani dan rohani.
Sedangkan kata (لَيْلاً ) artinya pada waktu malam. Dan karena kata tersebut dinayatakan dalam bentuk nakirah (tanpa alif laam) maka menurut kaedah bahasa ia memberi faedah untuk menyatakan sebahagian ( لِلّتَبَعِيْض) iaitu segelintir malam, bukan semalaman penuh.
Daripada Masjid Al-Haram Ke Masjid Al-Aqsa:
Perjalanan Israk adalah daripada Masjid Al-Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin. Sedangkan perjalanan Mikraj pula ialah daripada Masjid Al-Aqsa naik ke langit yang tujuh dan selanjutnya ke Sidratul Muntaha dan seterusnya menemui Allah SWT.
Yang Telah Kami Berkati Sekelilingnya:
Maksudnya: Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya (Syam) telah mendapat berkat daripada Allah. Keberkatan kawasan ini ada dua jenis iaitu; Pertama: Barakah Hissiyah (keberkatan fisikal) iaitu dengan menyuburkan tanahnya. Kedua: Barakah Maknawiyah iaitu dengan menurunkan di negeri itu kebanyakan nabi-nabi.
Agar Kami Perlihatkan Kepadanya Sebahagian Daripada Tanda-tanda (Kebesaran) Kami:
Dari ayat di atas dapat disimpulkan bahwa di antara tujuan Allah mengisrakkan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) adalah untuk memperlihatkan kepada baginda segelintir daripada tanda-tanda kebesaranNya.
Di antara gambaran yang diperlihatkan olih Allah kepada Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dalam perjalanan Israk dan Mikraj ialah:
- Nenek tua yang memanggil-manggil Nabi (sallallahu alaihi wasalam). Ini adalah gambaran umur dunia. Sebagaimana sisa umur nenek tersebut begitulah lebih kurang sisa umur dunia ini.
- Kaum yang dihadapannya ada daging yang baik dan daging yang busuk, lalu ia makan daging yang busuk. Ini gambaran manusia yang lebih suka memuaskan nafsunya dengan cara yang haram daripada cara yang halal.
- Kaum yang memukul-mukul kepalanya sendiri dengan batu tajam. Ini gambaran manusia yang malas melakukan salat wajib.
- Kaum yang mengguntingkan lidahnya sendiri. Ini gambaran orang yang pandai bercakap tetapi tidak berbuat.
- Kaum yang mengangkat kayu api. Semakin berat dirasakannya tetapi semakin ditambahnya lagi bebanannya itu. Ini gambaran manusia yang gila kuasa. Walaupun ia tidak mampu melaksanakan tugas-tugas yang ada, namun ia tetap ingin dan ambisi untuk mengejar jawatan dan tugas yang lain.
- Kawasan perkuburan yang harum semerbak baunya. Ini gambaran kuburan Nasyithah dan keluarganya iaitu tukang sisir anak Fir’aun yang direbus dalam kawah minyak karena teguh mempertahankan tauhidnya.
- Kaum yang memotong-motong daging rusuknya sendiri yang kanan dan kiri. Inigambaran yang suka memfitnah dan mengumpat dan mencaci orang Islam lainnya.
Sesungguhnya Dia Adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat:
Allah Maha Mendengar segala perbualan orang-orang Quraisy yang mendustakan cerita Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) itu. Dan Dia Maha Melihat segala gerak-gerik orang-orang Quraisy yang telah membuat beberapa isyarat sebagai tanda pendustaan mereka terhadap berita yang disampaikan olih baginda (sallallahu alaihi wasalam).
Mikraj:
Adapun Mikraj pula ialah alat untuk naik. Kalau Israk baginda menonggang Buraq. Maka Mikraj pula dengan menggunakan mikraj (tangga suci) sambil diiringi olih Jibrail iaitu daripada Masjid Al-Aqsa ke langit.
Sesampainya di langit pertama, Jibrail memberi salam kepada penjaga pintu langit pertama. Dia bertanya: Siapa kamu? Jibrail menjawab: Jibrail. Ditanya lagi: Siapakah orang yang bersamamu itu? Jawab Jibrail: Muhammad Rasulullah. Demikianlah pada setiap langit.
Di langit pertama baginda menemui Nabi Adam. Di langit kedua bertemu Nabi Yahya dan Isa. Di langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf. Di langit keempat bertemu dengan Nabi Idris. Di langit kelima bertemu dengan Nabi Harun. Di langit keenam bertemu dengan Nabi Musa dan di langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim.
Baginda meneruskan lagi perjalanannya hingga ke Sidratul Muntaha. Malaikat Jibrail tidak dibenarkan untuk naik ke tempat yang lebih tinggi lagi. Akhirnya Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) naik sendiri tanpa iringan Jibrail untuk menemui Allah SWT.
Disanalah baginda menerima perintah salat 50 kali sehari semalam. Dan setelah kembali, atas nasihat dan saranan Nabi Musa, baginda Rasul naik lagi menemui Allah untuk mendapat keringanan yang akhirnya hanya tinggal 5 waktu sehari semalam.
Beberapa Pengajaran Dari Peristiwa Israk Mikraj:
1. Betapa hebatnya kedudukan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dibandingkan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lain. Peristiwa semacam ini tidak pernah dilalui olih para rasul yang lain. Malahan ketika di Masjid Al-Aqsa baginda disuruh olih Jibrail supaya mengimami semua rasul terdahulu.
2. Betapa tingginya kedudukan perintah salat sehingga mesti diambil sendiri secara langsung olih baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) dari sisi Allah SWT.
3. Semua gambaran yang diperlihatkan kepaa baginda (sallallahu alaihi wasalam) adalah mengandungi pengajaran secara tersendiri.
Sumber : http://www.al-nidaa.com.my
Peristiwa Sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia
21 Ogos 1969: Peristiwa Pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis
Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid. Dikesempatan itulah, pihak Yahudi memulakan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar peralatan masjid dan dindingnya apatah lagi pada waktu tersebut muslimin telah meninggalkan masjid untuk meneruskan rutin harian mereka. Namun begitu, usaha memadamkan api yang terus marak telah dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam dengan mengambil air dari telaga-telaga yang berada di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, memindahkan karpet dan tikar keluar dari masjid dan menghimpunkan cebisan-cebisan kecil Mimbar Solahuddin yang terbakar dPada asalnya, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1968. Seorang Yahudi dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi ia dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Namun begitu, Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar Masjid al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi pada 21 Ogos 1969
an kini ia di simpan di Muzium Islam di Masjid Al-Aqsa.
Pada asalnya, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1968. Seorang Yahudi dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi ia dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Namun begitu, Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar Masjid al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi pada 21 Ogos 1969.
Kebakaran tersebut berjaya dilakukan dan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah terbakar iaitu:
Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujjah bahawa Rohan seorang yang tidak siuman dan 'gila' walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan.
Pembakaran Masjid al-Aqsa sebenarnya adalah hasil dari dendam Yahudi terhadap Islam dan ia merupakan satu isu agama. Selepas pembakaran tersebut, Denis Michael Rohan mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan tuntutan Kitab Zakaria. Ia adalah satu kewajipan agama Yahudi yang mesti dilaksanakannya. Oleh itu, pembakaran ini merupakan sesi perancangan yang berterusan yang dilakukan oleh Yahudi bagi membina kembali Haikal Sulaiman.
Pembakaran Masjid al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai Hari Al-Quds sedunia.
Kebakaran tersebut berjaya dilakukan dan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah terbakar iaitu:
- Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid al-Aqsa. Ia adalah masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636.
- Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Ia dibakar untuk menghapuskan tanda pembukaan Al-Quds yang telah dilakukan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187. Mimbar tersebut dibina oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-Quds.
- Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah baratdaya Masjid al-Aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi. Oleh itu, pintu ini dibakar dari luar masjid dan terdapat individu lain yang mambantu Dennis melaksanakannya dengan bantuan zionis yang telah menguasai pintu besar sebelah barat Al-Quds.
Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujjah bahawa Rohan seorang yang tidak siuman dan 'gila' walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan.
Pembakaran Masjid al-Aqsa sebenarnya adalah hasil dari dendam Yahudi terhadap Islam dan ia merupakan satu isu agama. Selepas pembakaran tersebut, Denis Michael Rohan mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan tuntutan Kitab Zakaria. Ia adalah satu kewajipan agama Yahudi yang mesti dilaksanakannya. Oleh itu, pembakaran ini merupakan sesi perancangan yang berterusan yang dilakukan oleh Yahudi bagi membina kembali Haikal Sulaiman.
Pembakaran Masjid al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai Hari Al-Quds sedunia.
27 Rejab 583 hijrah: Pembebasan Al-Quds oleh Salahuddin Al-Ayyubi
Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.
Pembebasan bumi Al-Quds ini tercapai setelah tentera Islam bejaya mengalahkan tentera Salib Kristian dalam peperangan Hittin di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Jumlah tentera Islam ialah 12,000 orang sementara tentera salib 50,000 orang dipimpin oleh Guy of Lusignan dan Raymond III of Tripoli. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12,000 orang sementara pihak tentera salib 60,000 orang.
Peperangan ini dinamakan peperangan Hittin kerana ia berlaku di Kampung Hittin, di kaki Bukit Hittin, yang terletak di antara Tiberias dan An-Nasirah. Akhirnya tentera Salib telah tewas. Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan, dalam peperangan ini dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.
Untuk tujuan tersebut Salahuddin meneruskan perjalanannya bersama dengan angkatan tentera ke arah Al-Quds (Baitul Maqdis) dan berjaya mengepungnya selama seminggu sehinggalah pasukan tentera pertahanan kota menyerah diri menyebabkan Salahuddin berjaya memasukinya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 583H.
Sebaik sahaja tentera Islam berjaya memasuki Al-Quds, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil tindakan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saiyidina Umar bin Al-Khattab (r.a) semasa kali pertama beliau berjaya memasuki Al-Quds. Beliau membuat perjanjian dengan semua masyarakat yang tinggal di sana seperti penganut agama Kristian supaya menjaga kehidupan mereka, kehormatan mereka dan hartabenda mereka.
20 Ogos 636: Peperangan Yarmouk
Peperangan Yarmouk berlaku pada 20 Ogos 636 Masihi bersamaan dengan 15 Hijrah di antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine. Peperangan ini dinamakan Peperangan Yarmouk kerana ia berlaku berdekatan dengan sungai Yarmouk di Jordan. Ahli Sejarah menganggap peperangan ini sebagai peperangan terpenting dalam sejarah dunia kerana ia merupakan pembuka tirai bagi kemenangan-kemenangan umat Islam yang seterusnya di Luar Semananjung Tanah Arab dan membawa kepada penguasaan umat Islam sepenuhnya di bumi Syam dan Iraq.
Tentera Islam dipimpin oleh Khalid Ibn Walid (r.a), manakala tentera Rom pula dipimpin oleh Theodore the Sacellarius dan Baanes. Seramai 70,000 orang tentera Rom telah keluar berperang berbanding tentera muslimin yang hanya 41,000 orang sahaja. Namun begitu, dengan izin Allah Ta'ala, tentera muslimin telah dapat mengalahkan tentera Rom yang terkenal dengan kelengkapan perangnya dan ini merupakan kemenangan yang cukup bermakna bagi seluruh umat Islam.
Kekalahan tentera Rom di dalam peperangan Yarmouk menjadikan jalan ke Baitul Maqdis terbuka luas. Lalu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah (r.a) meminta supaya Khalifah Umar bin Al-Khattab (r.a) datang ke bandar Al-Quds kerana penduduk bandar Al-Quds tidak mahu menyerah kecuali selepas kehadiran Khalifah umat Islam untuk menerima penyerahan kunci bandar tersebut. Lantas Khalifah Umar bin Al-Khattab (r.a) pergi ke Baitul Maqdis pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi serta memberi jaminan keamanan kepada penduduk di sana serta berjanji untuk menjamin keselamatan jiwa, harta dan tempat-tempat ibadat mereka serta tidak membenarkan orang-orang Yahudi untuk tinggal bersama mereka di bandar Al-Quds. Khalifah Umar bin Al-Khattab (r.a) telah memberi kebebasan beragama kepada penduduk bandar Al-Quds dengan cara membayar Jizyah. Beliau juga menolak permintaan salah seorang paderi untuk mendirikan solat di dalam gereja Kristian supaya masyarakat tidak terikut-ikut untuk melakukan tindakan yang sama. Kemudian beliau pergi ke kawasan Masjid Al-Aqsa lalu menyapu kotoran yang terdapat pada batu As-Sakhrah, dan seterusnya beliau membina sebuah masjid di sudut sebelah selatan tempat tersebut. Masjid tersebut kini dikenali dengan nama Masjid Umar dan pernah dibakar oleh Yahudi dalam peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969.
27 Rejab: Peristiwa Isra' dan Mi'raj
Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj. Ketika itu, Rasulullah berada dalam kesedihan di atas kematian dua individu yang banyak membantunya dalam menegakkan Islam iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan Isterinya Saiyidatina Khadijah (r.ha). Pada masa yang sama, umat Islam berada dalam tekanan dan pemulauan kaum kafir Quraisy. Pada saat kegundahan itulah Rasulullah SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala untuk menjalani Isra' dan Mi'raj dari Masjidil Haram di Mekkah ke Baitul Maqdis di Palestin, kemudian naik ke langit yang tujuh hingga ke Sidratul Muntaha dalam tempoh hanya satu malam sahaja.
Allah Subhanahuwata'ala telah mengabadikan peristiwa ini di dalam Quran dengan firmanNya dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud: "Mahasuci Dia (Tuhan) yang memperjalankan hambaNya suatu malam dari Masjidil Haram (di Mekkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya pertanda-pertanda Kami. Bahawa Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat."
Peringatan Isra' dan Mi'raj akan selalu membukakan kenangan di Tanah Palestin, tempat yang menjadi tujuan Isra' Rasulullah SAW dari Mekkah serta menjadi titik tolak Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Dengan kata lain, setiap kali kita mengulangi kisah Isra' dan Mi'raj, pasti ingatan kita tidak akan dapat dipisahkan dengan Palestin.
Palestin tempat yang disucikan, tempat Rasulullah mengimamkan solat bersama para anbiya', tempat yang penuh dengan kesan-kesan sejarah suci umat Islam dan pernah menjadi kiblat pertama kaum muslimin seluruh dunia, kini berada dalam cengkaman negara Yahudi Israel. Ia didirikan di Palestin dengan rancangan konspirasi negara-negara Barat dan USA. Kini, ketika kaum muslimin sedunia kembali memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj, kita dapati suasana yang mengerikan sedang berlaku di bumi Palestin dan Lubnan. Beratus-ratus nyawa telah terkorban, beribu-ribu orang tercedera, rumah runtuh dan hancur dibom, kanak-kanak menangis di atas kematian ibubapa mereka, ratusan ribu menjadi pelarian dan seumpamanya yang berlaku kerana kekejaman Yahudi di bumi Isra' iaitu Palestin.
Pada saat kaum muslimin mengagumi peristiwa Isra' dan Mi'raj, sejarah Palestin tidak boleh dilupakan dan dipisahkan dari peristiwa tersebut kerana ia adalah milik seluruh kaum muslimin. Konflik Israel-Palestin adalah konflik yang terpanjang di dunia yang belum selesai. Yahudi akan terus memusuhi Islam dan tidak akan berhenti memerangi kaum muslimin sehinggalah kaum muslimin mengikut telunjuk mereka dan menjadi kafir.

Dalam tempoh dua bulan selepas Salahuddin mencapai kemenangan di Hittin, tentera Islam di bawah kepimpinan Salahuddin mengambil keputusan untuk memasuki bandar dan ibukota Al-Quds. Sebanyak lima puluh buah bandar dan perkampungan yang pernah berada di bawah penjajahan tentera Salib telah berjaya dimerdekakan dalam tempoh yang terlalu singkat. Namun begitu, objektif sebenar yang dijanjikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi kepada umat Islam ialah untuk membebaskan Al-Quds (Baitul Maqdis) dari kongkongan musuh-musuh Islam.

Sumber : http://www.amanpalestin.net
Sempena kedatangan Israk Mikraj pada 27 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 29 Jun 2011 Masihi ,marilah kita hayati dan renungkanlah Peristiwa Israk dan Mikraj.
Di sebalik keajaiban-keajaiban peristiwa Israk dan Mikraj yang memberi pelbagai pengajaran, ia juga adalah penghibur kepada seluruh umat Islam pada masa kini, sebagaimana ia telah memberi kegembiraan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat Islam pada waktu itu.
Perjuangan bagi melakukan pembaharuan di dalam segenap hal ehwal kehidupan manusia menerusi petunjuk agama ternyata harus melalui pelbagai rintangan dan tantangan. Pada satu-satu keadaan, cabaran yang harus ditempuh terlampau berat di mata dan dibahu yang memikulnya.
Nabi Muhammad SAW dan umat Islam telah melalui dan menempuh cabaran dan rintangan ini di dalam usaha bagi menyebarkan sinar ajaran Islam. Malah, tantangan yang mereka hadapi teramat berat sekali. Nabi Muhammad SAW secara khusus berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan jiwa dan fizikal. Peristiwa dihina oleh masyarakat Taif umpamanya tenyata memeritkan hati dan nurani baginda.
Dalam keadaan tekanan perasaan yang sedemikian, kehilangan isteri tercinta, Khadijah dan bapa saudara yang pengasih, Abu Talib, menyulitkan lagi kesedihan dan kegelisahan Nabi Muhammad. Kesedihan yang bertimpa-timpa berlaku terhadap seorang Nabi dalam menjalankan amanah agama memberi petunjuk yang begitu jelas akan sifat dan tabiat cabaran yang harus didepani oleh umat Islam di dalam menegakkan cita-cita agama.
Kesedihan sedemikian dikongsi bersama oleh para sahabat dan pengikut Baginda yang setia. Mereka juga terpaksa melalui tindak balas penentang Nabi dalam bentuk ancaman, pemulauan dan siksaan. Kegelisahan dan keperitan hidup sungguh terasa. Namun kesabaran menjadi penawar dan keyakinan terhadap kebenaran agama menjadi benteng ketahanan diri.
Di dalam suasana kesedihan dan keadaan tidak menentu inilah, peristiwa Israk dan Mikrajterjadi kepada Nabi Muhammad SAW. Ia ternyata menjadi penghibur yang paling menenangkan kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh Umat Islam pada waktu itu.
Pengkisahan Nabi Muhammad SAW akan perjalanan malam baginda ke Baitul Maqdisseterusnya ke Sidratul Muntaha, melegakan perasaan umat Islam. Kisah yang penuh keajaiban itu ditanggap sebagai petunjuk akan sinar kejayaan yang sedang menanti umat Islam begitu pasti. Israk dan Mikraj ternyata memberi keyakinan dan berjaya meningkatkan keazaman umat Islam dalam berpegang teguh kepada seluruh petunjuk dan ajaran agama.
Israk dan Mikraj menjadikan umat Islam merasai dengan amat dekat akan janji-janji Allah S.W.T yang benar. Keyakinan umat Islam terhadap kebenaran agama Islam bertambah utuh. Mereka berasa teramat dekat dengan kekuasaan Allah S.W.T dan mempercayai akan pertolongan Allah S.W.T terhadap hamba-hambanya yang tulus di dalam perjuangan agama.
Umat Islam juga sungguh terhibur dengan kisah pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan para Nabi dan Rasul terdaulu di dalam perjalanan malam baginda tersebut. Ia memberi petunjuk yang jelas akan kesahihan salasilah tanggungjawab kerasulan Nabi Muhammad SAWdan kemuliaan baginda.
Keyakinan baru timbul dari pengkisahan ini betapa ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW adalah pelengkap kepada warisan ajaran Tawhid dari Nabi-Nabi terdahulu. Umat Islamberasa sungguh terhormat kerana terpilih menjadi sebahagian dari masyarakat yang bakal menyumbang kepada usaha memperbaharui keimanan dan kepercayaan masyarakat manusia yang sebahagian besar telah terseleweng dari ajaran Tawhid yang sebenar.
Barangkali inila antara petunjuk yang paling menonjol dari peristiwa Israk dan Mikraj kepada umat hari ini. Di dalama suasana tekanan yang luar biasa hari diri dari segenap sudut kehidupan, umat Islam hari ini perlu menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai sumber penghibur kepada mereka. Umat Islam perlu terus meningkatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan umat Islam dan janji-janji kemenangan kepada umat Islam adalah benar sekiranya mereka dapat memenuhi segala syarat-syarat kemenangan di dalam kehidupan di dunia ini.
Umat Islam tidak harus menjadi terlalu gundah di dalam mendepani segala cabaran pada masa kini. Kesedihan yang terasa akibat dari segala masalah dan kelemahan yang menimpa umat Islam masa kini pasti terubat seandainya hikmah dari peristiwa Israk dan Mikraj ini benar-benar dihayati.
Tugas utama umat Islam hari ini ialah melakukan pembaharuan dalaman dan memperbaiki segala kelemahan-kelemahan dari pelbagai sudut. Ini memerlukan langkah persepakatan dan pemuafakatan bersama bagi mengenalpasti punca-punca kelemahan serta persediaan yang perlu dilakukan bagi mendepani segala cabaran pada masa kini. Salah faham terhadap agama dan umat Islam pada masa kini, terutama oleh masyarakat bukan Islam, boleh diatasi menerusi penjelasan secara rasional dan berterusan serta menerusi tauladan sikap dan kecemerlangan.
Ini menuntut umat Islam memberi keutamaan kepada usaha-usaha perpaduan dan inisiatif peningkatan ilmu dan kemahiran. Keutamaan ini akan dapat dilakukan sekiranya umat Islam sanggup melakukan pembaharuan berfikir dan perubahan budaya ke arah cara hidup yang lebih berdaya maju. Kesemua ini adalah syarat-syarat kemenangan yang perlu dipenuhi sebagai sebahagian sunnatullah atau hukum alam, sebelum janji-janji Allah S.W.T yang benar terjelma.
Israk dan Mikraj harus menjadi pegangan untuk umat Islam bertindak dengan lebih berhikmah di dalam berdepan dengan keadaan kesedihan pada hari ini. Sesungguhnya, tiada jalan singkat bagi mengatasi cabaran dan rintangan melainkan menerusi usaha yang gigih di dalam segala urusan sebagaimana telah ditauladani oleh Nabi Muhammad SAW dan umat Islam terawal.
Kebesaran dan keangungan Allah S.W.T yang tergambar menerusi peristiwa ini seharusnya memberikan kita keyakinan dan keazaman untuk bersama-sama meneruskan cita-cita agama yang diwarisi dari Nabi Muhammad SAW dan Umat Islam terawal menerusi usaha penyampaian risalah Islam untuk seluruh masyarakat manusia.
Sumber : http://www.wazy84.com
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.