ASSALAMULAIKUM HAI APA KABAR SEMUA BLOGGER SEMUA


Amina

surat untuk Amina


WASHINGTON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dari Bremerton di sini menulis surat meminta maaf kepada rakan sekelasnya yang cedera parah selepas pistol yang dikeluarkan dari beg galasnya meletup ke arah tulang belakangnya.

Surat tulisan tangan itu dialamatkan kepada Amina Bowman, 8, yang keluar dari hospital Selasa lalu. “Saya minta maaf saya cederakan kamu kerana saya bawa pistol ke sekolah. Saya tidak bermaksud mencederakan sesiapa. “Saya harap semua orang baik-baik saja. Saya buat pilihan yang buruk,” tulisnya.

Enam minggu selepas diterbangkan ke Pusat Perubatan Harborview, Amina menunjukkan tanda beransur pulih.

“Mahu makan sup, berjalan setapak dua dan meminum milk shake selepas keluar dari hospital adalah perkembangan yang ditulis ibunya di laman Facebook. Pada 22 Februari lalu, Amina ditembak dalam kelas di Sekolah Rendah Armin Jahr di Bremerton. Sekolah itu ditutup serta-merta selepas kejadian itu.

Pendakwaan ke atas kanak-kanak akan ditangguhkan. Ibunya, Jamie Lee Chaffin dan teman lelakinya, Douglas L Bauer tidak mengaku bersalah atas tuduhan serangan tahap ketiga dan memiliki senjata api secara haram. Ibu bapa Amina berkata, anak mereka akan kembali ke sekolah pada musim luruh kelak. - AP


Nota Tapak Kaki: gila tol la budak zamam sekarang tu la banyak main game sangat la tu yang sampai nak bawak pistol tu...... hmmm dulu mana ada kes cam ni kat dalam atau luar 

negara ini disebabkan oleh banyaknya main game n menonton movie yang 18 atau 13 ke 

atas...... 

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com