‘Anak ikan’ pengacara

ASSALAMULAIKUM HAI APA KABAR SEMUA BLOGGER SEMUA


INI satu lagi cerita disampaikan teman CAK mengenai mentor dan protege yang ada hubungan terlarang! Bukan mentor dan protege dalam program Mentor yang tengah hangat sekarang ni, tapi kisah pengacara popular yang dikatakan suka guna pengaruh sendiri untuk naikkan ‘anak ikan’nya.
Kata teman CAK yang juga orang kuat produksi, pengacara popular itu bagai sengaja menggunakan pengaruh besarnya untuk menaikkan pengacara yang boleh dikatakan baru setahun jagung dalam industri.
Nak dikatakan hebat atau petah bercakap, tak berapa sangat. Namun di mana saja pengacara popular itu ada, pasti pengacara bermuka jambu itu ada.
Kata teman CAK yang boleh tahan bermulut ‘lahar’, ramai orang dalam produksi mula memandang serong hubungan akrab mereka dan rasa macam ada sesuatu yang tidak kena bila pengacara baru yang entah daripada mana diangkat tanpa perlu lalui proses uji bakat.
Dalam laman sosial pun, cara mereka memuji antara satu sama lain bunyi semacam. Bak kata orang putih ‘smell’s fishy’. Sampai ada yang label pengacara muda itu ‘anak ikan’ si pengacara popular itu.
CAK tak mahu cepat menuduh cuma CAK harap apa dikatakan itu tidak betul. Mungkin pengacara baru itu betul-betul berbakat maka dia terpilih, hanya pengacara popular itu yang tahu.

Cuma CAK perasan jugak bila terserempak dengan pengacara baru itu, seolah-olah ada perubahan mendadak. Dulu seingat CAK, ketika pengacara baru itu baru jadi orang produksi, orangnya ‘keras’ tapi sejak nama semakin naik, ‘lembut semacamlah pulak! Pelik!

Sumber http://www.hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com