Tendang bayi menangis
GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.
Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.
Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.
Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.

Nota Tapak Kaki: Ya Allah apa jenis ayah la ni
Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.