SuJu cetuskan ‘histeria’
KEHADIRAN bintang sensasi K-Pop, Super Junior sememangnya dinantikan peminat mereka tidak kira di mana juga. Terbaru mereka datang beraksi di Stadium Bola Sepak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam Sabtu lalu dengan penuh aura populariti.
Bukan sendirian, konsert Super Junior atau SuJu itu turut menampilkan gandingan empat gadis jelita yang semakin popular, f(x).
Nyata persembahan SuJu dengan tarian menarik dan diiringi muzik rancak membuatkan ramai peminat bagai terkena ‘histeria’. Mereka tidak dapat mengawal emosi tatkala melihat kemunculan ‘boy band’ pujaan mereka yang dianggotai sekumpulan kacak.
Peminat terutama gadis beberapa kali menjerit apabila anggota kumpulan itu muncul. Ada di antara peminat turut menari dan menyanyi bersama beberapa lagu yang disampaikan anggota kumpulan itu.
Ternyata wajah puas peminat tergambar ketika menyaksikan persembahan kumpulan yang popular menerusi lagu Sorry Sorry itu.
Tidak ketinggalan persembahan bertenaga kumpulan f(x) yang dianggotai Victoria, Luna, Sulli Choi dan Amber. Bersandarkan kepada rupa paras menarik persembahan f(x) juga tidak mengecewakan. Biarpun masih asing bagi peminat K-Pop di Malaysia, mereka tidak kurang bertenaga.
F(x) menghiburkan peminat menerusi himpunan lagu daripada album mereka antaranya, Pinocchio, Hot Summer dan Nu ABO. Tidak ketinggalan menerusi lagu popular mereka, Chocolate Love dan La Cha Ta.
Dua kumpulan yang dilantik sebagai duta jenama barangan elektronik terkemuka, LG Electronics Sdn Bhd ini berjaya membuatkan lebih 5,000 peminat tidak berganjak langsung walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.
Dalam satu sesi temubual sebelum konsert bermula serta acara ramah mesra dengan peminat di One World Hotel, Bandar Utama anjuran LG Electronics, anggota kumpulan itu memaklumkan mereka sendiri teruja untuk kembali beraksi di Malaysia.
Lebih-lebih lagi pelawaan dan maklum balas daripada peminat menerusi laman
web serta laman sosial mereka.
“Ini kali ketiga kunjungan kami ke Kuala Lumpur. Sememangnya kami sentiasa berharap untuk menjayakan persembahan di negara ini. Selepas melihat maklum balas yang cukup menggalakkan daripada peminat menerusi facebook dan twitter sememangnya kami cukup teruja malah tidak menolak jika sering kali menerima undangan menjayakan persembahan di Malaysia.
“Kami sentiasa berhubung dengan peminat dari seluruh dunia menerusi laman web dan laman sosial. Secara tidak langsung peminat juga memberi inspirasi kepada kami untuk tampil dengan persembahan yang pasti menghiburkan.
“Kami juga tertarik dengan budaya dan makanan di negara ini. Kami selesa apabila berkunjung ke negara ini,” kata Kim Hee Chul.
Lebih menarik konsert kali ini biarpun tanpa kehadiran anggota kumpulan yang lengkap keunikan persembahan mereka pada kali ini pastinya dapat berkongsi pentas bersama rakan mereka dari f(x).
Dalam pada itu Pengarah Urusannya, HK Kwon, berkata jenama K-Pop dan artis Korea itu sebagai lambang kepada jenama LG yang diperakui di peringkat antarabangsa. Pihaknya turut berasa bangga dapat bekerjasama dengan barisan artis Korea terbabit.
“Sebagai penaja untuk konsert ini pihak kami menyediakan 200 cabutan bertuah kepada peminat setia kumpulan ini. Mereka turut menerima hadiah khas iaitu beg goodie dan poster yang ditanda tangani sensasi Korea itu.
“Peminat yang terpilih berpeluang bertemu dengan kumpulan dari Korea itu. Selain menganjurkan beberapa segmen khas sebagai meraikan kehadiran mereka serta sokongan peminat,” katanya.
LG turut bekerjasama dengan beberapa artis terkenal dari Korea antaranya Girls Generation dan f(x) dalam penerbitan album termasuk bekerjasama mempromosikan lagu popular Chocolate Love serentak dengan pelancaran model telefon Chocolate.

Comments
Post a Comment
Disclaimer : This is a personal blog. Any opinions written in this blog is the opinion of the author and does not Involve any other parties.The author will not be liable for any loss or damage incurred while using the information in this blog. Any action without permission is strictly prohibited.