Posts

Showing posts from 2011

benarkah

Image
adakah benar akan terjadi????? Atau propaganda barat je yang mengatakan kiamat tahun 2012?!!! semua telah dirancang olah ALLAH. kalau betul terimalah dengan hari dengan hati yang terbuka. kalau tidak kita hanya teruskan perjalanan kita sebagai musafir di didunia ini ( Hanya Allah saja mengtahuiNya).

Azam Tahun Baru 2012

azam tahun baru ialah nak jumpa MAHA PENCIPTA (ALLAH) DAN RASULNYA . teringin nak berbakti pada orang tua  teringin pergi satu tempat ni yang dinamakan Mekkah  teringin nak jumpa datuk n nenek saya(sebab rindu yang tak terkata ( mereka sudah meninggal) ).  nak jadi orang yang lebih baik dari tahun lepas(2011)  yang terakhir kalau ada jodoh saya tahun depan saya nak khawin  ^_^

peringatan

Image
haha lawak siot

selamat tinggal 2011

Image
Assalamulaikum. Selamat Tinggal 2011. Tahun ni banyak sejarah pahit dari manis. Yang pahitnya admin diberhanti kerja, di fitnah ,di kutuk di belakang admin tapi ibu admin kata yang admin kena sabar tu tak apa la dah jadi sejarah pun tak mau ingat la pasal tu lagi. Yang manisnya rumah admin dah siap di edit, cantik  admin dapat bilik yang ada bilik air di dalamnya, walaipun kana kongsi dengan adik admin tu tak apa la asalkan ada bilik air di dalamnya. cukuplah kat situ sebanarnya admin nak minta maaf kat followerX2 semua apa yang admin tulis dan kata harap dimaafkan dan admin pun maafkan korang semua kita kosong kosong okay  selamat tinggal 2011 i will miss u T_T i never forget u adn i love 2011 

Give me some sunshine [ORIGINAL Full SONG][HQ] - 3 idiots

Image
Saari umar hum Mar mar ke jee liye Ek pal to ab humein jeene do Jeene do Saari umar hum Mar mar ke jee liye Ek pal to ab humein jeene do Jeene do Saari umar hum Mar mar ke jee liye Ek pal to ab humein jeene do Jeene do Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na…. Give me some sunshine Give me some rain Give me another chance I wanna grow up once again Give me some sunshine Give me some rain Give me another chance I wanna grow up once again Kandhon ko kitabon Ke bojh ne jhukaya Rishvat dena to khud Papa ne sikhaya 99% marks laaoge to ghadi, varna chhadi Likh likh kar pada hatheli par Alpha, beta, gamma ka chaala Concentrated H2SO4 ne poora Poora bachpan jalaa daala Bachpan to gaya Jawani bhi gayi Ek pal to ab humein Jeene do jeene do Bachpan to gaya Jawani bhi gayi Ek pal to ab humein Jeene do jeene do Saari umar hum Mar mar ke jee liye Ek pal to ab humein jeene do Jeene do Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na…. Give me some sunshine Give me some rain Give me another chance I wa...

gila cool

Image
boboiboy ep akhir dan ni poster dia

Lagu Spongebob Versi Kedah

Hampa redi dah ka weii?? Haa kapten, Apadia?Tak dengaq nie!! Haaa la kapten.. Ohhhh... Sapa hat dok dalam nanaih wah laut? "Spanbob Seluaq Petak" Belubang,meghesap paihtu wana kunin "Spanbob Seluaq Petak" Kalau hampa suka benda laut hat ngarut "Spanbob seluaq Petak" Mai la sini  teghejun cam ikan temenung "Spanbob seluaq Petak" REDi? Spanbob seluaq Petak Spanbob seluaq Petak Spanbob seluaq Petak Spanbob seluaq Petak! AH  Ahh Ahh Ahahhaahhahahahah....
Image
me ni my familiy
Image
cantik x bulan ni saya yang ambil first time dapat pic yang cantik cam ni

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian

KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing. Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya. “Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini. Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain. “Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang...
Image
me in zombie Subhanallah takut

Hobi pelik bekas madu

KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan. Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya. Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50. Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010. “Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa be...

zombi

Image
zombi manusia

dialog moden

Image

JAGALAH AURAT ANDA WAHAI KAUM WANITA

Image

‘Sangka jinak’

MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya. “Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin. Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang. Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan dite...

Pudu pula dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR: Hujan lebat di ibu negara selama dua jam bermula jam 5 petang, semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu dilanda banjir kilat separas 0.5 meter. Banjir kilat dan cuaca buruk itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di ibu negara lebih dua jam. Tinjauan Harian Metro di jalan itu mendapati peniaga bertungkus-lumus mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi selepas air memasuki kedai. Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) ketika dihubungi berkata, banjir kilat berkenaan memberi kesan kepada aliran trafik di jalan terbabit yang bermula jam 5.15 petang. Katanya, jalan lain turut terjejas termasuk Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang. “Turut terjejas aliran trafik di Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismai...

Jampi rambut kekasih

KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu. “Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya. Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah. Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam. Rina berkata, dak...

alhamdullilah terima kasih korang

Image
alhamdullilah follower aku dah sampai 60 org terima kasih la pada follower-follower yang follower blog admin sayang korang semua 

terjun tingkat

MANTIN: Tindakan ‘berani mati’ seorang pelajar kolej swasta warga Afrika nekad terjun dari tingkat dua sebuah kondominium, di sini bagi mengelak dicekup mengundang tragedi apabila patah kaki dalam satu serbuan, semalam. Dalam Ops Ajar bermula jam 8 malam, lelaki berusia 26 tahun itu panik melihat kehadiran penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Rela sebelum nekad terjun dari tingkat dua dalam usaha melarikan diri. Namun, warga Nigeria itu ditemui terbaring akibat patah kaki kiri dan pemeriksaan lanjut mendapati dia tinggal lebih masa di negara ini. Hasil pemeriksaan lanjut menemui kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) mencurigakan pada telefonnya yang kebanyakannya mendakwa suspek menipu wang beberapa individu selain terbabit dalam penyamaran. Lelaki itu kemudian membawa penguat kuasa ke rumahnya di situ, namun tiga rakannya yang berada di dalam enggan membuka pintu menyebabkan penguat kuasa memecahkannya. Serbuan di rumah itu mendedahkan mereka anggota kumpulan ‘African Scam’ yan...

Ugut bunuh menantu

KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang. Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya. Selepas dinasihatkan rakannya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kelmarin memandangkan seorang lagi anak lelaki mangsa berusia tiga tahun masih tinggal bersama keluarga mentuanya. Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila ibu mentua mangsa dikatakan tidak berkenan...

Leher ditikam, dada dirodok

SIBU: Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin. Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu. Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam. Mangsa yang menetap di Jalan Chong Sang, di sini, dan masih bujang menunggang motosikal berhenti di jeti terbabit sebelum diserang individu tidak dikenali Sumber berkata, ketika diserang, seorang wanita yang melalui tempat kejadian terdengar suara individu menjerit meminta pertolongan. Berikutan itu, dia yang dibantu orang ramai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Image

Meronta minta tolong

ALOR SETAR: “Separuh badannya sudah keluar, tetapi kakinya tersepit menyebabkan dia mati terbakar. Saya cuba bantu, tapi gagal kerana api semakin marak.” Demikian kata Mohd Suhaimi Hamid, 24, menyaksikan kematian tragik Peh Tiong Boon, 30, yang sebahagian tubuhnya rentung apabila kereta Proton Wira Aeroback dipandunya meletup dan terbakar selepas merempuh sebatang pokok di Kampung Peragam, Jalan Teluk Bagan, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Peh dikatakan cuba memotong sebuah lori, namun keretanya terbabas lalu merempuh sebatang pokok, seterusnya berpusing beberapa kali sebelum meletup dan terbakar. Mohd Suhaimi berkata, dia nampak mangsa meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong serta cuba keluar, namun gagal disebabkan kakinya tersepit. “Apakan daya, saya tidak mampu membantu kerana api marak dengan cepat. “Sebelum itu, saya dengar dentuman kuat. Sejurus keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya nampak kereta itu berpusing-pusing selepas merempuh...

Didakwa cabul 3 orang

KAJANG: Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun. Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini. Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian. Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun. “Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat...

‘Kami berupaya’

Image
Image via Wikipedia SUDAH terlalu banyak diperkatakan mengenai Lionel Messi. Pemenang anugerah Ballon d’Or Fifa bagi dua tahun terakhir, bintang Argentina yang ramah itu diang�gap sebagai pemain terhebat masa kini dan menjadi tunjang kekuatan Barcelona. Sekalipun memenangi hampir segala-galanya, namun, Messi enggan untuk berpuas hati dan masih mengintai lebih banyak peluang, bermula dengan pertembungan clasico hujung minggu ini berdepan Real Madrid dan Piala Kelab Dunia Fifa Jepun 2011. Ikuti temubual terbaru dengan pemain yang memiliki kelincahan sukar ditandingi itu. SOALAN (S): Piala Kelab Dunia Fifa bermula minggu ini. Bagaimana perasaan anda mengenainya? LIONEL MESSI (LM):  Memang menakjubkan untuk bermain pada Piala Kelab Dunia dan ia satu pertandingan yang penting buat kami. Kami memiliki kenangan indah kali terakhir kami beraksi dan tidak sabar untuk menghadapi pengalaman itu sekali lagi dan meraikannya dengan bergaya. S: Sesetengah rakan sepasukan anda berkata anda wa...

Yuna, Najwa saling menyokong

BAIK Yuna atau Najwa Latif, masing-masing punya aura tersendiri dan mereka berdua bukanlah bintang kelahiran program realiti TV seperti kebanyakan penyanyi kini, sebaliknya lahir dari medium hiburan jalur lebar. Jika Yuna atau nama sebenar, Yunalis Zarai, 24, popular menerusi lagu Dan Sebenarnya, Najwa Latif, 16, mencetus fenomena menerusi lagu nyanyiannya, Cinta Muka Buku menerusi laman YouTube dengan mencatat jumlah tontonan antara yang tertinggi lebih empat juta peminat. Tidak dinafikan dunia seni tanah air sejak beberapa tahun kebelakangan ini dimeriahkan dengan kemunculan ramai bakat baru dan indie (bergerak bebas). Bukan hanya menyanyi, malah kebanyakan mereka mampu menulis lirik sendiri. Secara tidak langsung mewujudkan satu persaingan sihat dalam dunia seni tanah air. Bagaimanapun, kehadiran Najwa Latif membuatkan ramai yang membanding�kan mereka berdua kerana banyak persamaan antara mereka seperti menya�nyi de�ngan lagu ciptaan sendiri, penampilan mereka bertudung dan tidak ...

Nanti masa serah banglo

KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek. Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan. “Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu. “Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak...

Malam romantik Bieber, Selena

WALAUPUN masih begitu muda, mereka kelihatan segak dan anggun dengan muncul bersama set pakaian yang jauh lebih dewasa. Pasangan selebriti pujaan remaja sedunia, Justin Bieber dan Selena Gomez terus menjadi perhatian utama di majlis Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2011, baru-baru ini.  Pasangan remaja itu terus menye�babkan peminatnya terjerit-jerit sebaik saja mereka tiba di laluan masuk majlis berkenaan dilangsungkan menaiki kereta antik Rolls Royce putih. Berpakaian seolah-olah baru saja meninggalkan set penggambaran filem muzikal 1970-an, Bugsy Malone, Bieber dan Selena tidak memerlukan masa lama untuk menarik perhatian semua mata yang ada di Teater Nokia di Los Angeles yang menjadi lokasi majlis berkenaan. Bieber mengenakan pakaian ala era 1920-an dan dilengkapi dengan perubahan stail rambut bagi menyempurnakan penampilannya itu. Sementara itu, puteri pop yang menjadi pasangannya - Selena - mengenakan gaun seksi metalik rekaan Giorgio Armani yang menampakkan sebahagian d...

SuJu cetuskan ‘histeria’

Image
KEHADIRAN bintang sensasi K-Pop, Super Junior sememangnya dinantikan peminat mereka tidak kira di mana juga. Terbaru mereka datang beraksi di Stadium Bola Sepak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam Sabtu lalu dengan penuh aura populariti. Bukan sendirian, konsert Super Junior atau SuJu itu turut menampilkan gandingan empat gadis jelita yang semakin popular, f(x).  Nyata persembahan SuJu dengan tarian menarik dan diiringi muzik rancak membuatkan ramai peminat bagai terkena ‘histeria’. Mereka tidak dapat mengawal emosi tatkala melihat kemunculan ‘boy band’ pujaan mereka yang dianggotai sekumpulan kacak. Peminat terutama gadis beberapa kali menjerit apabila anggota kumpulan itu muncul. Ada di antara peminat turut menari dan menyanyi bersama beberapa lagu yang disampaikan anggota kumpulan itu. Ternyata wajah puas peminat tergambar ketika menyaksikan persembahan kumpulan yang popular menerusi lagu Sorry Sorry itu. Tidak ketinggalan persembahan bertenaga kumpul...

Suami melecur ditahan

KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai punca kebakaran di sebuah rumah di tingkat 15, Flet Desa Rejang, Setapak, di sini, semalam yang menyebabkan kematian seorang wanita berusia 34 tahun, terjawab apabila siasatan polis mendapati wujud unsur jenayah. Difahamkan, unit forensik menemui dua botol petrol yang diletakkan di bahagian dapur dan ruang tamu rumah berkenaan yang secara tidak langsung menimbulkan keraguan mengenai punca kebakaran di kediaman itu. Rentetan penemuan itu, polis menahan suami wanita terbabit berusia 56 tahun yang masih dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana melecur hampir 60 peratus badan dalam kejadian sama bagi membantu siasatan. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan menghidupkan dapurnya untuk memasak sebelum berlaku letupan yang menyebabkan kebakaran. Menurut sumber, botol petrol itu diletakkan berhampiran kawasan memasak dan apabila wanita terbabit menghidupkan api dapur berkenaan, letupan kuat berlaku sebelum api menyam...