HADIAH KELAHIRAN OLEH KERAJAAN KOREA



Anak pertama RM103,700

Anak Kedua RM110,600

Ini salah satu manifesto kerajaan Korea pada 2020 ketika saya bekerja disini dan akhirnya dilaksanakan pada tahun 2021 sehingga sekarang.
Korea sedang mengalami isu Low Birthrate atau Kadar Kelahiran Rendah. Rakyatnya takut untuk berkahwin dan mempunyai anak gara-gara risaukan status kewangan.
Warga emas di Korea melepasi populasi kanak-kanak, maka kerajaan Korea beri elaun atau duit belanja supaya rakyatnya berkahwin dan mempunyai anak.
Sempena menyambut kelahiran, kerajaan Korea hadiahkan Wang Tahniah 1 juta won (RM3,500) untuk anak kelahiran pertama dan 3 juta won (RM10,500) untuk anak kedua dan ke atas.
Setiap bulan setiap seorang anak akan dapat 300,000 won (RM1,045) sehingga usia 8 tahun maksimum.
Rina layak dapat ke sebab lahir di Malaysia. Ya, boleh selagi ibu atau ayah warga Korea dan wajib balik daftar kelahiran di Korea selepas pendaftaran di negara kelahiran dibuat. Tapi sayangnya, Rina dah lebih setahun kita baru balik daftar. Jadi, Wang Tahniah dan elaun bulanan sejak Rina lahir sampai umur setahun sebanyak RM7,000 tak boleh dapat dah. Tapi, elaun bulanan sebanyak RM1,045 tu boleh dapat selagi Ryzal ada visa yang sah menetap di Korea.
Kelebihan lain:
1. Diskaun bayaran tempat letak kereta awam, kemudahan sukan, kolam renang awam, dan pelbagai kemudahan lain.
2. Pengurangan yuran 30% bil elektrik sebulan.
3. Kad ahli pengangkutan awam untuk kanak-kanak di bawah umur 25 tahun. Diskaun 30% untuk tambang dewasa.
Elaun ini untuk SEMUA rakyat Korea tanpa mengira jenis pendapatan tapi untuk elaun bulanan lain dan faedah lain tertakluk pada syarat pendapatan sederhana lebih kurang B40 di Malaysia.
Kawan Maryam pendapatan seisi rumah dah hampir 10 juta won (RM35,000) pun dapat Wang Tahniah. Sekarang mengandung anak kedua 4 bulan, lagi banyak lah dia dapat.
Ryzal pun tanya Maryam, anak kedua KITA pun layak kan? Maryam cakap ya layak tapi buat muka macam datang bulan pula.

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com