PUDING BUIH

  ASSALAMULAIKUM SAMUA 

 Image may contain: text and food

 PUDING BUIH

Baru pertama kali saya dengar nama kuih ni. Terkejut juga bila dengar berita keracunan makanan pada akhir Ramadhan.

Baru nak buat claim yang saya tak dengar kes keracunan makanan daripada bazar Ramadhan tahun ni. Berbanding tahun-tahun lepas, rasanya kadar kes keracunan makanan pada bulan Ramadhan untuk tahun ini adalah kurang.

Kemungkinan kerana kaedah tempahan sehari awal menyebabkan peniaga dapat membuat anggaran makanan yang perlu dimasak dan dapat pula menguruskan masa pengendaliannya dengan baik.

Berbalik kepada isu keracunan makanan disebabkan oleh Puding Buih, apakah yang menyebabkan kes ini terjadi?

Saya membuat carian internet berkenaan resipi dan cara penyediaannya.

Video berdurasi 2minit tentang cara penyediaan Puding Buih itu membuatkan saya berkata, "ooo patutla"...

Jom lihat kemungkinan-kemungkinan kes keracunan makanan ini.

.....

 TELUR

Puding Buih menggunakan telur sebagai bahan asasnya. Saya pernah menulis berkenaan kebersihan telur dan mudaratnya apabila ia tidak dibersihkan sebelum dimasak.

Baca di sini:


ATAS DARAT

Pernah dengar term "atas darat" ni? Kalau di tempat saya, ia bermaksud masakan yang disediakan tanpa menggunakan suhu tinggi atau sekadar digaul begitu sahaja.

Puding Buih dihasilkan dengan cara memukul putih telur sehingga kental. Kemudian, telur kuning pula ditambah dan dipulul lagi.

Selepas itu, agar-agar akan dituangkan ke dalam adunan telur yang telah dipukul sehingga kembang itu.

Apa masalahnya dengan teknik "atas darat" ni?

➡️ SUHU 

Ya, ia berkait pula dengan suhu. Suhu yang tinggi akan merosakkan protein telur. Ia akan bergumpul dan terdenaturasi (denatured). Ini akan menyebabkan tekstur Puding Buih menjadi kasar.

Jadi, cairan agar-agar yang sejuk (sekitar 50°C) ditambahkan ke dalam adunan telur bagi tujuan mengentalkannya.

Masih ingat berkenaan artikel-artikel saya yang lalu tentang "TEMPERATURE DANGER ZONE"?

Makanan yang berada pada julat suhu 5 hingga 63°C adalah berisiko untuk membantu pembiakan optimum bakteria.

APA KAITANNYA?

Bayangkan begini. Kemungkinan telur tidak dibasuh terlebih dahulu, menyebabkan bakteria seperti Salmonella mencemari adunan telur. Agar-agar cair yang suam pula gagal membunuh bakteria tersebut. Kadar gula yang ditambah ke dalam agar-agar juga kemungkinan tidak cukup untuk menyediakan memberikan efek osmotik kepada bakteria dan seterusnya merencat pertumbuhan mereka.

 MASA

Akhirnya, bakteria membiak dengan sangat pantas dan menghasilkan toksin dalam Puding Buih tanpa disedari. Masa antara Puding Buih siap disediakan sehinggalah dinikmati oleh pengguna menyebabkan ia toksin ini terus bertambah dan akhirnya meracuni pengguna.

 KEBERSIHAN

Ni pun salah satu masalah yang berkait dengan keracunan makanan. Pengendalian makanan yang tidak bersih akan menyumbang kepada pencemaran makanan.

Pengendali makanan harus lebih peka dan mengikuti kursus pengendalian makanan agar dapat mengelakkan hal-hal yang tidak diingini seperti keracunan makanan ini.

....

Nampak kaitannya?

Didoakan agar kesemua pesakit cepat pulih dan dapat menikmati Hari Raya bersama keluarga.

Hati-hati ya! Banyak lagi risiko keracunan makanan terutama waktu-waktu raya sebegini.


           CREDIT BY DR AIDA AZMI OFFICIAL 

Comments

Popular posts from this blog

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com